Tuesday, December 16, 2014

PAS 'GERTAK' DAPIGS KELUAR PAKATAN? GERTAK JE KOT!!

SELASA, 16 DIS 2014
HAHAHA...cerita lama berulang lagi. Dah berapa kali kita semua dengar PAS akan keluar dari Pakatan? satu kali? dua kali?....dah banyak kali. Tapi...semua itu bohong belaka. PAS  memang kaki pembohong dan kaki temberang dan....tak ada telo. Cakap tak serupa bikin. Semalam, amaran keras telah dikeluarkan oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah kepada DAP berikutan tindakan parti itu yang berterusan menentang hasrat Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu. Mohd. Amar dalam nada tegas berkata, PAS akan tetap dengan perjuangan mereka selama ini untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun mendapat tentangan daripada DAP. DAP tidak boleh paksa PAS ikut mereka (DAP) (tolak hukum hudud). Katanya PAS akan tetap laksanakan hukum hudud. 

Kalau DAP rasa tidak selesa dengan perjuangan PAS, DAP boleh undur, keluar pakatan pembangkang atau PAS akan keluar dari Pakatan. Mereka (PAS) tidak akan tukar perjuangan kita hanya untuk menang pilihan raya. Kita takkan korbankan perjuangan kita semata-mata hanya untuk mendapatkan kerusi pada pilihan raya, kata Amar Nik Abdullah (gambar kecil kanan) kepada pemberita di sini semalam, Isnin. Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar berkata, perjuangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud sudah sejak sekian lama iaitu sebelum wujud­nya pakatan pembangkang. Malah katanya, melaksanakan hukum hudud di Kelantan juga adalah pilihan rakyat dan DAP sepatutnya menghormati pendirian tersebut. DAP tidak setuju itu hak dia, tetapi DAP juga tidak ada hak dan boleh menyekat atau menghalang PAS untuk melaksanakan hukum hudud, kata Amar. 

Sedikit yang menghairankan IBM, kenapa pemimpin-pemimpin atasan PAS seperti Presidennya, Hj Hadi Awang, Tok Guru Nik Aziz dan para ulama tersohor PAS diam membisu,  tidak berani komen apa-apa tentang isu 'HUDUD' ini? Kenapa pulak hanya Tim Menteri Besar Kelantan pulak yang lantang bersuara? Laku ke suara beliau? Maka, kesimpulannya, PAS dulu, kini dan selamanya pandai 'berdrama', pembohong, tak ada telo dan PAS akan jadi 'kuda tunggangan' DAPigs & PKR, kini dan selamanya. DAPigs kini sudah pandai dan menyeru ahli-ahlinya bertakbir. Kerana apa?...kerana DAPigs & PKR sudah mewar-warkan bahawa kalimah 'ALLAH' boleh di digunaka pakai oleh orang bukan Islam. Apa kata PAS? TAKBIR!!!!! Wassalam ~ IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...