BARU pagi tadi IBM postkan artikel yang membabitkan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Belut Terangganu yang mungkin akan menyiarkan 'Siaran Langsung' melalui RTM semasa memproses pengundian di tempat mengira undi. Itu bukan cadangan dari IBM. IBM cuma menulis mengikut apa yang dikatakan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shaberry Check semalam. Tapi, hasrat tersebut berkubur kerana ditolak oleh Suruhanjaya Pilhan Raya (SPR). Itu adalah kata putus dari SPR.
Mengikit kata Pengerusinya, Tan Sri Datuk Abdul Aziz Mohd Yusof, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan membenarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) daripada menyiarkan secara langsung proses pengiraan undipada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut 24 Julai ini.Ttindakan itu dibuat bagi memastikan keadilan sama rata turut diberikan kepada media lain yang juga berminat mahu menyiarkan pengiraan undi secara langsung.
SPR tidak benarkan RTM berbuat begitu (siaran secara langsung pengiraan undi), jika tidak semua media pun turut mahu buat secara siaran langsung. Jadi kita tak benarkan buat begitu, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini selepas mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian pilihan raya kecil DUN Kuala Besut. Selain itu, katanya ketika proses pengiraan undi, calon-calon juga mempunyai ejen yang mewakili mereka untuk memantau proses berkenaan.
Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shaberry Cheek melahirkan hasrat mahu berbincang dengan SPR dalam masa terdekat untuk membenarkan RTM menyiarkan proses pengiraan undi secara langsung. Menurut beliau, usaha itu bagi membolehkan seluruh rakyat Malaysia menyaksikan proses penuh pilihan raya yang dijalankan dengan telus dan adil.
Sementara itu dalam sidang media yang sama, Aziz memberitahu bahawa SPR tidak mempunyai kuasa memberi kebenaran kepada mana-mana parti untuk menggunakan masjid sebagai gelanggang berkempen. Katanya, SPR tiada kuasa untuk tetapkan (berceramah dalam masjid), yang itu perlu tanya kepada jemaah negeri di situ. Sebelum ini terdapat pihak yang menyalahgunakan masjid untuk berkempen pada pilihan raya umum yang lalu dengan menyelitkan unsur politik memburuk-burukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan. Ala, biasa le tu. Dah tentu itu kerja pembangkang.
Nampaknya untuk membuktikan kepada pembangkang bahawa tiada unsur-unsur penipuan semasa proses pengiraan undi yang melibatkan kaki tangan SPR, nampaknya SPR kena tanggung sendiri dan jawaplah segala tomahan yang di buat oleh pembangkang ke atas mereka. Apa nak buat itu kehendak mereka (SPR). Kita tunggu dan lihat je le ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA