Monday, July 29, 2013

KETUA UMNO BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA (PJU) ANTARA KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG DISARANKAN BERUNDUR PADA PEMILIHAN UMNO 2013

ISNIN, 29 JULAI 2013
IBM terkejut juga semalam bila terbaca berita yang tak beberapa mengembirakan apabila nama boss IBM, iaitu Ketua Bahagian PJU di senaraikan antara Ketua Bahagian yang di sarankan supaya berundur pada pemilihan Umno 2013. Ini kerana prastasi yang tidak memberangsangkan semasa PRU ke-13 dan sebelumnya. IBM bukanlah seorang ahli Umno yang fanatik kepada Ketua Bahagian, tapi, ianya agak memeranjatkan juga. IBM cuba juga mencongak punca sebenarnya kerana jika alasan yang diberi semata-mata kerana Barisan Nasional (BN) di Petaling Jaya Utara tewas dalam PRU ke-13 yang lalu, bagi IBM tidaklah  lojik dan masuk akal.

Kerana apa IBM berkata begitu?...kita semua mesti faham. Di bahagian PJU qota PRU adalah qota dan hak milik MCA. Ini kerana peratus penduduk di PJU majoritnya adalah dari golongan kaum Cina. Dengan erti kata lain, PJU adalah tertori Cina (kawasan Cina). Kaum melayu lebih kurang dalam 15% peratus sahaja. Jadi, Umno di PJU adalah diibaratkan sebagai anak angkat kepada MCA kerana calon-calon yang bertanding di dalam PRU adalah dari kaum Cina. Kami, Umno hanya membantu sahaja dan cuba menguatkan jentera BN di PJU. Tapi, apakan daya, kekuatan DAP di PJU begitu ketara dan bersungguh-sungguh untuk menumbangkan BN.

Diringkaskan cerita, bahagian PJU ini agak berbeza jika nak dibandingkan dengan bahagian-bahagian lain di dalam Selangor. Oleh itu, janganlah buat satu propaganda yang salah dan menuduh Umno PJU tidak berfungi dan menyalahkan bulat-bulat kepada Ketua Bahagian. Cubalah berfikir secara rasional dan cara punca kekalahan BN yang sebenarnya. Menukar atau menyarankan supaya Ketua Umno Bahagian mengundurkan diri adalah satu cara yang tidak sporting, mungkin ada perkara-perkara yang lebih serius lagi untuk diperbetulkan. IBM tidak setuju jika kekalahan itu di bebankan atau dihumbankan atau menyalahkan Ketua Bahagian semata-mata. 

Berbalik kepada pemilihan Umno 2013 ini. IBM selaku salah seorang Ahli Jawatakuasa Bahagian PJU memang sudah tah bahawa ada desas-desus akan ada pertandingan pada tahun ini. Tapi, itu biasalah. Sesiapa sahaja boleh bertanding Ketua Bahagian dan jawatan-jawatan yang lain di peringkat bahagian. Biar ahli perwakilan yang membuat keputusan siapa yang mereka nak pilih. Jadi, tak payahlah ada pihak luar yang pandai-pandai memukul canang dan menyenaraikan nama-nama Ketua bahagian yang patut berundur pada pemilihan tahun ini. IBM nak tanya  pada mereka-mereka tu. Siapa mereka-mereka itu? ....Dan betulkah saranan tersebut datangnya dari Presiden parti? Jangan..janganlah nak keruhkan keadaan kerana parti kita Umno dah terlalu tenat dan perlu di perbetulkan secepat mungkin, tapi, bukan dengan cara menyuruh mereka berundur dan di senaraikan. 

Mari kita tengok akan senarai-senarai nama-nama Ketua bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/DUN yang menjuruskan kepada pencarian pemimpin yang baru :-

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0) (Bukan calon Parlimen/DUN) (gambar diatas)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)

Oleh itu, biarkan Ketua-ketua bahagian yang lama itu mempertahankan jawatan-jawatan masing-masing, kerana menang atau kalahnya mereka terletak di tangan para perwakilan kelak. Ini adalah syor yang ikhlas dari IBM. Jangan retakkan dan keruhkan lagi Umno parti keramat bagi orang-orang melayu. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...