ALHAMDULILLAH. Semuanya berjalan lancar dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut yang berlangsung bermula pukul 8 pagi Rabu. Sehingga pukul 11 pagi, jumlah pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing ialah seramai 7,356 orang atau 44.49 peratus. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, tinjauannya di beberapa pusat mengundi mendapati proses pengundian berjalan lancar tanpa sebarang tindakan provokasi oleh penyokong parti politik.
Beliau dapat lihat sendiri penyokong parti politik bercampur gaul antara kedua-dua parti. Mereka menunjukkan poster calon masing-masing tetapi tidak melakukan provokasi antara satu sama lain. SPR berharap situasi ini dapat dikekalkan sehingga masa mengundi tamat pukul 5 petang ini, katanya pada sidang media di Dewan Majlis Daerah Besut, di sini, Rabu. SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini.
Mengulas mengenai kaedah baru penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata pihaknya juga berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan pengundi mengenai proses itu. Proses itu berjalan dengan baik, tidak ada dakwat yang tumpah hingga mengotorkan kertas undi. Kami dapati juga corak penggunaannya iaitu cara dakwat itu dicelup juga hampir seratus peratus sama...lebih baik daripada ketika mencalit di jadi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu. Maka, bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa inilah satu-satunya pilihanraya yang tenang, aman dan tenteram tanpa berlaku insiden yang tidak diingini. Syabas warga Kuala Besut.
IBM rasa cukup berdebar-debar. Tak sabar nak tunggu keputusannya yang berkemungkinan akan kita ketahui selepas jam 10 malam nanti. Sama-sama kita tunggu dan mendoakan kejayaan BN. Insyallah. Wasallam ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA