Saturday, July 20, 2013

SAH!!! SHISHA ADALAH HARAM ~ MAJLIS FATWA

SABTU, 20 JULAI 2013
KEMELUT mengenai sah atau tidak bagi umat Islam yang menghisap shisha terjawap sudah. Kepulan asap yang begitu tebas apabila dihembus keluar oleh penghisapnya, kini terjawab. Ianya haram di sisi agama Islam. Keputusan ini dibuat sebulat suara setelah Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia memutuskan bahawa shisha adalah haramBerikutan itu, Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin (gambar bawah) berkata, umat Islam adalah dilarang menghisap shisha atau menyediakan perkhidmatan tersebut serta sebarang aktiviti yang berkaitan dengannya. Katanya, keputusan itu diambil setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar-pakar daripada Kementerian Kesihatan termasuk meneliti maklumat serta bukti perubatan mengenai mudarat akibat shisha.

Muzakarah khas yang bersidang pada Rabu lalu telah membincangkan isu shisha dan mendapati bahawa semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif sama ada di peringkat negara mahu pun antarabangsa berjaya membuktikan shisha memberi kesan yang amat merbahaya dan penularannya membimbangkan khususnya dalam kalangan remaja serta wanita. Setelah meneliti maklumat serta bukti-bukti perubatan saintifik mengenai kesan kemudaratan besar akibat menghisap shisha terhadap kesihatan ummah, pembangunan ekonomi termasuklah pembentukan generasi akan datang, muzakarah bersetuju memutuskan bahawa shisha adalah haram, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah membincangkan isu pengharaman shisha sejak 2011 tetapi menangguhkan keputusan mengenainya sehingga data-data lebih kukuh dan menjurus kepada situasi mutakhir berlaku di Malaysia dapat dibuktikan. Baru-baru ini pula, isu pengharaman shisha dibangkitkan semula apabila Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana boleh mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding rokok. Pengumuman fatwa itu turut mendapat perhatian kerajaan negeri Perak apabila menimbang kemungkinan mengikuti jejak Perlis selain Melaka yang terlebih dahulu mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha.

Mengulas lanjut, Abdul Shukor menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada al-Quran dan hadis. Katanya, pengharaman shisha juga adalah berlandaskan kaedah fiqhiah bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara. "Pengharaman shisha juga adalah kerana jelas memudaratkan kesihatan, membazir serta mensia-siakan masa dan harta selain dikategorikan sebagai satu perkara buruk atau keji yang perlu dihindari semua umat Islam," jelasnya.

Oleh itu, IBM nasihatkan kepada pengemar shisha, hentikanlah perbuatan atau tabiat yang tak berfaedah itu demi untuk menjaga kesihatan. Kalau dilihat dari dekat, bukannya dapat apa-apa. Hisap, lepas itu keluarkan asap yang berkepul-kepul dan akhirnya asap pun hilang begitu sahaja. Kan membazir duit namanya tu. Ini nasihat ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...