BERKUBURKAH KRIER POLITIK ANWAR KALI INI? SAMA-SAMA KITA TUNGGU
DIK kerana takut dengan bayang-bayang sendiri, Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim cuba mencari bermacam-macam alasan supaya kes liwat II nya dibatalkan. Anwar juga cuba memprotes akan perlantikan peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dan menyifatkan ini adalah satu lagi konfirasi daripada Umno untuk mensabit kesalahan beliau di dalam les liwat II. Ini katanya adalah kerja Umno untuk menamatkan krier politiknya apabila beliau disabitkan kesalahan meliwat Mohd Saiful Bahari Azlan kelak.
Anwar Ibrahim dengan lantang menyalahkan Umno dan menyifatkan pelantikan peguam Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam kes rayuan liwat II sebagai prejudis. Anwar terus memperlekehkan DS Muhammad Shafee, Katanya pelakuannya tidak profesional sejak 1998. Ketua Pembangkang itu merujuk peranan Shafee dalam kes liwat I yang menyaksikan beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004. Beliau dimaklumkan Peguam Negara berdepan masalah melantik pendakwa raya berpengalaman dan berkemahiran tetapi ia bukan alasan untuk melantik Shafee. Anwar juga menyifatkan pendakwaan tiada alasan kukuh untuk membuat rayuan kes liwat yang sudah diputus Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, 9 Januari lalu seterusnya membuat perbandingan apabila Peguam Negara tidak dakwa ramai orang dalam kes rasuah. Begitu juga dengan kes pembunuhan Altantuya (Shariibuu), tiada rayuan dibuat, tapi memilih untuk buat rayuan kes liwat beliau atas telunjuk pemimpin Umno.
Menurut Anwar lagi, lebih teruk lagi apabila melantik seseorang yang terang-terangan ada prejudis terhadap beliau, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu. Bagaimanpun, Peguam Anwar, Ramkarpal berkata, pihaknya akan membangkit banyak isu termasuk pertuduhan ke atas Anwar semata-mata atas dorongan politik. Umno ada kepentingan untuk memastikan Anwar disabitkan kesalahan, katanya yang turut menerima arahan Anwar untuk membantah pelantikan Shafee. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari tahun lalu membebaskan Anwar dari pertuduhan liwat terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008. Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara meneruskan proses rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Apa yang IBM dapat lihat, Anwar betul-betul tertekan dan beliau amat merasa kecut perut apabila Peguam Negara melantik Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya terhadapa kes liwat II nya. Habis le ko kali ini Anwar. Dulu kau lepas, tapi kali ini belum tahu lagi. Carilah bahan bukti yang tak relevan banyak-banyak dan seperti biasa Anwar akan meminta Mahkamah pospont dan pospont dan akhirnya perbicaraan ini akan berlanjutan bertahun-tahun. Tapi, tidak kali ini kot. Ramai yang berharap agar kes liwat II Anwar ini dapat dipercepatkan dan sabit kesalahan, sumbat je si al-juburi tu ke Sungai Buloh. Disitu tempat asalnya dan biarkan dia berehat dari dunia politik. Malaysia akan aman tanpa Anwar. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA