PERKEMBANGAN PRK KUALA BESUT :
JANJI ditepati. Itulah janji dari kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat tak kira apa bangsa dan kefahaman politik. Dan, segala janji dan bantuan yang diberi serta ditunai menunjukan kerajaan BN adalah sebuah parti dan kerajaan yang bertanggungjawab terhadap rakyatnya. bukan seperti pembangkang yang suka menabur janji, tapi haram tak ternuai.
Begitulah apa yang berlaku di Kuala Besut apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, segala bantuan dan projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah satu ibadah serta amanah demi kesejahteraan rakyat tanpa mengenal parti politik. Beliau berkata, amanah dan tanggungjawab itu mesti dilaksanakan sebagai suatu pembelaan kepada rakyat secara adil dan saksama.
Bantuan dan pembangunan itu adalah untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat, tidak kira latar belakang keluarga atau parti politik yang disertai, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Himpunan Warga Nelayan dan Peladang Kuala Besut di Dataran Kuala Besut di sini semalam. Turut hadir calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman.
Oleh itu, rakyat/pengundi di Kuala Besut harus memberi sokongan yang padu dan terus menyokong calon BN sekali gus mengekalkan kuasa BN di sana. Banyak lagi pembangunan yang akan dapat dinikmati oleh rakyat Kuala Besut jika jika BN terus memerintah. Ini bukan janji, tapi satu tangungjawab yang dipikul oleh BN sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya. Semoga Allah swt bersama kita, bersama BN. Insyallah ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA