Thursday, July 4, 2013

NIK AZIZ 'JUNIOR' GESA KERAJAAN TENTANG MURTAD, LGBT..ANWAR BENGANG HABIS!!

KHAMIS, 04 JULY 2013


MACAM tak percaya pulak bila dengar anak Nik Aziz ni, Nik Abduh menyentuh tentang kebebasan amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang mana semuanya itu adalah kehendak dan akan dilaksanakan oleh Ketua Pembanbangkang, Anwar Ibrahim sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Nik Abduh menyelitkan isu tersebut ketika membahas usul 'Menjunjung Kasih titah Yang Di-Pertuan Agong' dalam sidang Dewan Rakyat semalam. Beliau membantah perkara tersebut dan mengesa kerajaan supaya tidak sesekali tunduk kepada tekanan dari pertubuhan hak asasi manusia terutama dari luar akan perkara yang disebutnya di atas tadi. 

Bagi berpandangan, penentangan terhadap tuntutan itu penting bagi memastikan kesucian Islam sebagai agama Perseketuan terus terpelihara selain tidak mahu umat Islam tempatan, rakyat keseluruhan serta pembangkang dicemari nilai-nilai negatif. Selain itu, Nik Abduh mengesa kerajaan supaya mempertahan dan memperjuangkan konsep hak asasi manusia seperti diperkenalkan Oleh Nabi Muhammad SAW dalam Piagam Madinah kira-kira 1,400 tahun lalu yang selari dengan amalan demokrasi moden. Beliau difahamkan bahawa kerajaan menerima tekanan daripada pelobi-pelobi hak asasi manusia dari luar negara. Katanya tuntutan mereka karut, bertentangan dengan ajaran Islam seperti untuk bertukar agama, pindah agama atau murtad selain hak mengamalkan kegiatan-kegiatan yang dilarang dan ditegah agama Islam seperti LGBT.

Selain itu Nik Abduh cuba mengingatkan kerajaan supaya melaksanakan dasar belia dengan cara sentiasa mencabar mereka melakukan perkara-perkara yang berani selari dengan Islam. Bagi beliau dan pembangkang sentiasa bersedia bekerjasama dalam memastikan program perkembangan belia dilaksanakan menurut agama tersebut. IBM harap kenyataan atau ucapan Nik Abduh tersebut dapat menyedarkan ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya yang mana ingin memgamalkan amalan -amalan tersebut sekiranya mereka (pembangkang) menerajui negara ini. Anwar memang tidak boleh menyangkal apa yang diperkatakan oleh Nik Abduh. Memang itu yang beliau mahu.

Maka, elok benarlah kerajaan mengambil inisiatif bagi memastikan amalan karut ini tidak berleluasa dan mengambil tindak tegas dan tidak tunduk kepada desakan daripada mana-mana pihak seperti yang dinyatakan oleh Nik Abduh tadi. tidak daripada Anwar dan tidak dari siapa-siapa. Biarlah selepas ini Anwar meraung, meroyan. Kerajaan tetap berpendirin teguh kerana ini melibatkan maruah negara dan moral rakyat negara ini sendiri. Kenyataan Nik Abduh itu walaupun beliau dari parti pembangkang, tapi, harus diterima pakai demi untuk menjaga dan menyelamatkan maruah agama Islam itu sendiri.

Walauapa pun, setiap perkara baik yang ingin kita laksanakan sudah tentu ada yang menentang. Biasalah. Bukan senang bagi kerajaan hendak memuaskan hati semua rakyatnya atau mengikutkan kehendak mereka. Kerajaan akan memilih atau mempastikan hanya yang terbaik sahaja untuk rakyat akan dilakasnakan. bukan seperti si ketua pembangkang. Yang penting dirinya, keluarga dan kuncu-kuncunya. Yang lain, persetankan. Simpang malaikat 44, dia tidak menjadi Perdana Menteri kita. Hancus kita dan negara dibuatnya. fikir-fikirkan dan RENUNG-RENUNGKAN ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...