Friday, July 19, 2013

TUDUH KERAJAAN UGUT GURU!!..INI SEMUA KERJA PEMBANGKANG, TAK HABIS-HABIS TABUR FITNAH!!

JUMAAT, 19 JULAI 2013


SIAPA yang tak marah, berang apabila ada pihak tertentu yang menyebar berita yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dituduh mengugut guru-guru supaya menyokong BN dalam PRK DUN Kuala Besot nanti. Dalam bulan puasa yang mulia ini pun mereka (pembangkang) sanggup menabur fitnah. Bagi IBM itulah fitrah sebenar pembangkang. Mereka sudah kehabisan modal untuk berkempen di Kuala Besot. 

Jesteru, Menteri Pendidikan 11, Datuk Seri Idris Jusoh mengingatkan pihak tertentu agar menghentikan tuduhan kononnya kerajaan mengugut guru yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut nanti. Beliau yang juga Timbalan Pengarah PRK Dun Kuala Besut berkata, pihak terbabit diminta tidak buat tuduhan melulu, tambahan sekarang adalah bulan puasa. Menurutnya, beliau dan kerajaan tidak pernah mengugut guru untuk mengambil sebarang tindakan jika tidak  menyokong BN.
 
Ia adalah tuduhan melulu bagi membangkitkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan warga pendidik, katanya selepas Program Bicara Intelektual Bersama Menteri Pendidikan 11 di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, semalam. Beliau mengulas kenyataan Presiden Profesion Perguruan (NUTP), Hashim Adnan yang disiarkan media tertentu yang mengingatkan parti-parti politik, guru tidak harus diancam atau diugut untuk mengundi mana-mana pihak.
 
Datuk Seri Idris sebelum ini menyeru supaya memilih calon BN bagi memastikan agenda pembangunan negara dapat diteruskan. Dalam kenyataan itu, beliau tidak mengeluarkan perkataan berbentuk ugutan atau paksaan terhadap guru menyokong kerajaan. yang tak marah, berang apabila ada pihak tertentu yang menyebar berita yang mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) dituduh mengugut guru-guru supaya menyokong BN dalam PRK DUN Kuala Besot nanti. Dalam bulan puasa yang mulia ini pun mereka (pembangkang) sanggup menabur fitnah. Bagi IBM itulah fitrah sebenar pembangkang. Mereka sudah kehabisan modal untuk berkempen di Kuala Besot. 

Apapun, kita biarkan lah pembangkang meroyan di bulan puasa ini. Biarkan lah mereka menabur sebeberapa banyak fitnah. Apa yang penting, teruskan kempen yang berhemah dan pastikan calon kita dari BN menang sekali gus menutup segala tomahan yang tidak berasas itu. Kepada DS Jusoh, tingkatkan lagi usaha dan banyakkan program-program turun pandang dan temuilah sebeberapa ramai pengundi-pengundi di sana. Maka, dengan itu dapat menyakinkan lagi kepada calon BN untuk terus menabur bakti kepada penduduk-penduduk/pengundi di DUN Kuala Besot. Insyallah~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...