RAMAI yang sependapat dengan pandangan dari mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan pemansuhahan beberapa Akta menjurus kepada pencegahan sebelum ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kekerapan berlakunya jenayah dan kadarnya meningkat dengan mendadak. Menurut kata bekas Perdana Menteri itu punca peningkatan jenayah disebabkan kurangnya tindakan pencegahan yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa susulan pemansuhahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Ordinan Darurat (EO).
Beliau melihat ada kaitan antara jumlah jenayah sekarang dengan kurangnya tindakan pencegahan. Katanya lagi, mencegah itu lebih baik. Ini kerana mencegah lebih baik dari menunggu dari jenayah itu berlaku. Sebenarnya, mengikut kata Tun Mahathir pemansuhan ISA adalah satu kerugian kerana Akta itu diwujudkan atas sebab tertentu, terutamanya dalam aspek mencegah jenayah. ISA untuk cegah jenayah, katanya lagi. Kita tubuh ISA ada sebab, katanya lagi. Kalau kita nak tunggu jenayah itu berlaku dan hukum orang yang melakukan jenayah, maka, yang tidak bernasib baik adalah orang yang menjadi mangsa jenayah.
[PEMBANGKANG KETAWA BESAR JIKA BANYAK LAGI AKTA DIMANSUHKAN]
ISA adalah undang-undang yang dibuat untuk mencegah. Ianya bukan undang-undang yang tidak baik, tetapi ISA menjadi tidak baik jika disalahgunakatan, kata Tun Mahathir lagi. Oleh itu IBM berpendapat, kerajaan harus berhati-hati supaya tidak termakan hasutan atau masuk perangkap pembangkang yang sedang meneliti Akta apakah seterusnya yang mereka hendak hapuskan. Mereka (pembangkang) mempunyai agenda tersembunyi mereka. Ada 'udang si sebalik batu'. Terkini, pembangkang sedang melobi untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948 dan sedang di perbahasakan di dalam Parlimen.
Tapi, ianya akan ditentang habis-habisan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang tidak mahu akta tersebut dimansuhkan. Apabila dimansuhkan, pembangkang akan ketawa besar kerana jerat mereka menjadi. Mangsanya telah terjebat, adalah kerajaan yang sedia ada. Maka, mereka akan berharajalela. Untuk mengembalikan Akta ISA adalah mustahil. Cuma kerajaan haus berwaspada, berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan yang mana ianya tidak memudaratkan negara. Segala pandangan dari Tun Mahathir di atas tadi ada lojiknya dan boleh diterima pakai kerana beliau adalah mantan Perdana Menteri dan beliau tahu isi hati dan gerak-geri pembangkang yang sentiasa mengintai peluang untuk menghuru-harakan negara kita ini. Terima kasih Tun.
Kepada Perdana Menteri, berfikirlah secara waras. Jangan terlalu ikut kata dan kehendak pembangkang. biar mereka melalak di Parlimen bak anjing gila. Mereka (pembangkang) gila kuasa. Apatah lagi apabila ketuanya mempunyai agenda atau hanjat yang tidak kesampian hingga ke hari ini untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Anda tahu siapa ketua pembangkang yang IBM maksudkan tu?..tahu kan? Tahu tak apa. Harap selepas ini tiada lagi Akta yang akan dimansuhkan. Insyallah. ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA
...kalau kerajaan sekarang nak ikut cakap pembangkang, maka lebih baik rakyat pilih PR jadi kerajaan...
ReplyDeleteSalam Lebai Malang,
DeleteBetul tu. Setuju sangat. Kerajaan harus berhati2 dan jgn terikut2 atau tunduk dgn tuntutan pembangkang.
Mereka ada agenda mereka. Bahaya kalau diturutkan kehendak mereka.