SELAMAT MENGUNDI KEPADA SELURUH PENGUNDI-PENGUNDI YANG LAYAK DI KUALA BESUT... SEMOGA PILIHAN YANG TEPAT DAN AKAN MEMANGKAH "BN" ....
TAMBAHKAN KEBIRUAN DIKUALA BESUT INI..
Seramai 16,534 pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut mula menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi memilih wakil rakyat baru bermula pukul 8 pagi Rabu. Sebanyak lapan pusat mengundi disediakan di DUN Kuala Besut. Ini merupakan pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar dari Barisan Nasional (BN) pada 26 Jun lalu.
PRK kali ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN seorang jurutera awam, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman manakala Pas meletakkan seorang kontraktor, Endot @ Azlan Yusof sebagai calon. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan kira-kira 75 peratus pengundi akan keluar mengundi pada pilihan raya kali ini. Keputusan pilihan raya kecil DUN Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam ini. Insyallah BN akan peroleh kejayaan. Hidup BN!!! ~ IBM
TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA