29 SYAWAL 1436 H
PANAS...PANAS! Diberitakan ketika ini disetiap perhimpunan Umno, akar umbi makin panas, ahli yang tidak berpuas hati dengan Datuk Seri Najib Razak mencuba cara baru mengecam Perdana Menteri itu, yang ketika ini berjuang melawan cabaran yang paling sukar didepaninya sebagai Presiden Umno.Beberapa ahli di peringkat cawangan, paling rendah dalam hierarki parti, cuba mencadangkan usul untuk mengembalikan semula pemilihan parti yang dijadualkan tahun depan tetapi kini ditangguhkan.Sekiranya usul itu diterima, kedudukan Presiden boleh dicabar dan mungkin dikalahkan, sebelum Umno menyertai pilihan raya umum akan datang pada 2018. Begitu juga, ada yang membentangkan usul mendesak tindakan tegas diambil terhadap Najib dengan harapan inisiatif ini akan dibawa ke perhimpunan agung Umno di Kuala Lumpur akhir tahun ini. Bagaimanapun, dengan pengaruh yang dimiliki Najib ke atas 199 ketua bahagian parti itu – pemimpin politik peringkat pertengahan yang bertanggungjawab menguruskan akar umbi parti – banyak daripada langkah itu akan dapat disekat sebelum ia menjadi ancaman sebenar.
Tapi, sebenarnya bukan semua Umno bahagian yang sedang bermesyuarat sekarang akar umbi mendesak agar pemilihan pucuk pimpinan parti menti desegerakan. Itu survey yang telah IBM buat. Ada sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan diri sengaja mewar-warkan seolah-olah akar umbi/ahli Umno begitu marah kepada DS Najib. Contohnya,di Bahagian Kota Raja, seorang ahli mengemukakan usul bagi mengadakan semula pemilihan parti tahun depan. Timbalan ketua bahagiannya, (tak payah sebut nama) bersetuju dengan cadangan itu, tetapi oleh kerana pemimpin tertinggi bahagian itu tidak membuka usul itu untuk diundi supaya boleh diguna pakai atau ditolak, usul itu dibiarkan tergantung. Itulah rintihan yang IBM dengar dari bahagian tersebut. Kalau kita masih ingat, Jun lalu, DS Najib mengumumkan pemilihan parti yang dijadualkan tahun depan akan ditangguhkan selama 18 bulan. Pengumuman itu dibuat sebelum Najib menggugurkan Timbalan Presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada Kabinet, keputusan yang tidak popular di kalangan akar umbi. Usul serupa dibawa dalam mesyuarat bahagian di Batu Sapi, Sabah dan Tenggara, Johor.
Maka, IBM berpandangan, mungkin disebabkan penguguran Tan Sri Muhyiddin daripada kabinet mempengaruhi akar umbi mendesak Presiden parti mencepatkan pemilihan parti pada tahun hadapan. Bagi mereka, pemilihan ahli Majlis Tertinggi Umno pusat dan bahagian perlu diteruskan pada tahun hadapan untuk menilai sejauh mana kepercayaan ahli akar umbi dan perwakilan seluruh Malaysia. Itu luahan hati mereka yang IBM dengar. Mereka juga berkata keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan tidak lagi relevan dalam keadaan politik parti ketika ini. Apapun, semuanya adalah gara-gara mereka-mereka yang tidak puas hati dan mempunyai agenda masing-masing. Nampaknya ahli Umno/akar umbi sekarang ini begitu senang di pergunakan dan langsung tidak mengambil kira akan kepentingan parti.
Sampai bila perkara ini akan berlanjutan? Jawapanya ada pada korang semua (akar umbi Umno). Dalam pada masa Presiden kita menghadapi masalah dan diserang disetiap penjuru, oleh sesetangah pihak, terutamanya pembangkang, sepatutnya kita sebagai akar umbi berdiri teguh di belakang Presiden parti. Ini tidak.Ada pulak yang menjalakan 'api' supaya ianya terus terbakar dan akhirnya parti yang akan hancur. Maka, fikir-fikirkan demi untuk masa depan parti UMNO, parti keramat orang melayu, juga masa depan anak cucu-cicit kita, juga masa depat agama dan negara. Jangan kuburkan ia, semata-mata untuk kepentingan peribadi. Sekian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA. UMNO PARTI KERAMAT ORANG MELAYU TETAP RELEVAN, DULU, KINI DAN SELAMANYA"
UMNO MEMAMANG PARTI KERAMAT TAPI ADA PEMIMPIN YANG NAK JADI KERAMAT TAK BOLEH DISENTUH...SELAGI TAK KEADAAN TATAP SAMA...AHLI SEMAKIN BENCI
ReplyDeleteOk pertamanya umno hak ahli , bukan hak seorang individu. So kalu hak sebagai ahli patut di gunakan. Tak ada gunanya pemimpin dock pegang jawatan itu, kalu ahli sendiri mempertikai oleh sebab ketua cawangan dan bahagian tidak menaik kan usul, apa yang telah di usul oleh ahli, tidak akan di terima, oleh sebab utama ialah "cash is king". Begitu juga imbuhan yang ketua cawangan dan bahagian dalam. (Please do not denied), itu anggapan umum! dalam perjalanan saya dengan naiki keretapi, setiap Hari diseluruh lembah klang!, apa lagi tempat lain, raayat mempertkai segalanya. Individu is not important, but parti is utmost important. So ketua2, semua your time is ticking....sooner or later mana yang oleh buat dan korek duit buat sekarang, Jgn peduli ahli 2...yang pasti kenyang temoloq ketua2. So CASH IS KING!..
ReplyDeleteibm ~ tarantula,
ReplyDeleteSalam. Memang Umno parti keramat. tida boleh dinafikan. Tapi, ahli2 yg semakin benci dgn Umno parti keramat ini adalah org2 yg gagal mendapatkan seuatu dari Umno...itu fakta....
ibm ~ Katakan a puru,
ReplyDeleteSalam. Satu pandangan yg boleh diambil kirts juga....tapi...slogan 'CASH IS KING'.....bukan segala2nya. Kadang2 dgn CASH yg kita belum tentu menyelesaikan masalah....
Ahai, lihat dsn dengarlah rakyat bersuara
Deleteibm ~ adzzam adzzam,
ReplyDeleteSuara rakyat yg bersama kerjaan boleh diterima, tapi...suara rakyat yg dibeli dan dipergunakan oleh pembangkang, tolak tepi....tak laku...tak relevan langsung.....
Suara rakyat bersama kerajaan boleh diterima?Habis tu suara TUN kenapa tak diterima,suara TSM suara pembangkang ke?TUN tegur akibat ada yang tak kena,kenapa dicerca,TSM hanya bertanya kenapa dipecat?
Delete