Saturday, August 22, 2015

BERDEMO DIJALANAN. APA FAEDAHNYA? ITU BUKAN CARA UNTUK TUNJUK SAMANGAT 'PATRIOTISME". KENAPA LE BANGGANG SANGAT!!

SABTU, 22 OGOS 2015
SALAM, SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA

MENJELANG ke hari kemerdekaan negara kita yang ke 58 yang tak lama lagi akan kita sambut, IBM mengingatkan kepada golongan belia (sebagai nasihat) tidak harus menganggap tindakan mengadakan demonstrasi di jalanan sebagai cara untuk menunjukkan semangat "patriotisme" kerana ia dikhuatiri akan menimbulkan kekacauan dan boleh menggugat keselamatan negara. Mari kita sama-sama menghayati apa tu erti 'Kemerdekan'. IBM setuju dengan saranan dan nasihat dari seorang bekas Panglima Medan Tentera Darat (tak payah sebut namanya) berkata niat untuk menunjukkan semangat patriotisme itu akan tersasar sekiranya ia menimbulkan ancaman keselamatan serta mengganggu hak asasi masyarakat lain. Pada pandangan beliau semangat patriotisme itu begitu mendalam. Ia datang daripada dalam diri dengan meletakkan kepentingan negara paling tinggi berbanding kepentingan diri sendiri. 

Dilihat pada masa kini, definisi patriotisme daripada perspektif golongan muda telah berubah, mereka lebih bebas mengkritik dan menegur, dan ia tidak salah demi kebaikan negara.  katanya dalam program bual bicara 'Landskap' terbitan RTM , malam semalam. Maka, kepada golongan muda berfikirlah dengan waras, jangan terikut-ikut budaya pembangkang yang bencikan kedamaian. Mari kita kembali kepada sejarah kemerdekaan negara kita dan tunjukkan semangat Patriotisme itu dengan cara yang betul. Lupakan 'demonstrasi jalanan' yang tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan, malah menjahanamkan negara serta minda golongan belia-belia. Ada perpatah berkata, 'jika kita nak tahu masa depan negara kita, kita tengok gaya, perilaku golongan-golongan muda sekarang ini. Cara mereka berfikir dan cara mereka bertindak'. Maka, fikir-fikirkan. Golongan muda dan beliau hari ini adalah pewaris bangsa dan negara. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BELIA HARAPAN BANGSA"

2 comments:

  1. Ahaiii
    Merapu sendiri la ye
    Blog pun taraf2 pariah je
    Adiosss

    ReplyDelete
  2. ibm ~ adzzam adzzam,

    Alahaiii,

    Dengki le tu. Kesian tgk penyokong tegar si mamak Putty ni....dah x ada modal le tu. Itulah. Kalau nak serang org siapkan diri tu dulu....jgn merapu je. Pembangkang pun kutuk kaw2 si mamak seko tu. Malu...malu...huhuhuhu...ko ada blog ke?...buat le ibm nk tgk. boleh juga masuk sembang2....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...