Saturday, August 22, 2015

PEMBANGKANG KATA TUN M PEMIMPIN 'KORUP'. CHISS! LANTANG BETUI MULUT DEPA NI....

SABTU, 22 OGOS 2015

SALAM. SALAM 1 MALAYSIA DAN SALAM SEHATI SEJIWA


AMBOI, lantang sungguh mulut pemangkang ni. Mulut celupar betui. Tak ada insurance ke? ada ke patut pemimpin pembangkang ni kata tokoh 'negarawan' dan mantan Perdana Menteri yang telah banyak berjasa pada negara di katakan 'korup'. Tak patut...memang tak patut. Jadi, kepada penjilat tegar Tun mamak kutty ni, cuba buka mata, buka minda korang semua. Ini bukan IBM yang kata, tapi, dari mulut pembangkang sendiri. Habis, apa tunggu lagi, serang le. hehehe. Setalah IBM teliti dan baca artikel tu semalam. Memang ada asas yang logik untuk kita semua menasihatkan Tun supaya berhenti dari bercaka. 'Zip' mulut tu. Tak malu ke korang (penjilat setia Tun) apabila dibidas dan dituduh kerana cuba mempergunakan pembangkang bagi menjayakan cita-citanya untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri?. Sekali lagi IBM jelaskan disini, bukan IBM kata atau nak reka cerita, tapi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar bawah kanan) yang kata, Katanya lagi, masalah utama yang berlaku di negara ini tidak akan diselesaikan menerusi penyingkiran DS Najib. 

Isu utama yang melanda dan menimbulkan polemik negara bukan hanya berpunca daripada Datuk Seri Najib sahaja, tetapi ianya lebih kepada budaya dan sistem pentadbiran negara yang sudah korup yang diwarisi daripada Tun Dr Mahathir. PAS melihat cadangan Tun Dr Mahathir sekadar cubaan untuk menggunakan pembangkang bagi menukar Najib untuk menyelamatkan parti kesayangan beliau iaitu Umno yang sudah tidak berupaya memperbetulkan diri kerana masalah politik wang," Kesimpulannya, ini adalah gara-gara dari perbuatan Tun M semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Pemimpin Pas itu berkata demikian bagi mengulas mengenai formula yang diberikan Dr Mahathir kepada pembangkang sekiranya mahu melihat usaha menjatuhkan Najib menjadi kenyataan menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Bagi IBM, nak tambah sikit je. 

Tun diibaratkan sebagai 'Bapa Batu Api 1 Malaysia', perosak sosial, budaya , agama & ekonomi negara. Kalau pembangkang dah bersuara dan menuduh Tun yang bukan-bukan, janganlah nak dipersalahkan kami-kami ini (pro kerajaan) yang sayangkan negara, pemimpin dan parti. Luahan kami adalah untuk memperbetulkan keadaan yang telah rosak..rosak dik perbuatan mamak kutty seko ni. Nak serang, serang pembangkang. Harap, Tun sedar dan mulakan lah 'Zip' mulut tu. Sekian. Wasaalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN MAHATHIR SUDAH KERING IDEA. TUN TIDAK RELEVAN LAGI"

1 comment:

  1. Salam semua. Mai...mai,,,kita beli kueh 'mamak Putty'....ehmmmmm..sedap. Laris dijual sampai pembangkang pun borong habis....huhuhuhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...