Tuesday, August 18, 2015

'GULING KERAJAAN' : BNBBC INGATKAN BLOG-BLOG SUPAYA TIDAK MEMALSUKAN CERITA MENGAITKAN AHLI PARLIMEN BN.

SELASA, 18 OGOS 2015 
DALAM isu ini, seperti yang diketahui umum, beberapa orang ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah pun mdembuat 'laporan Polis' diatas ketidak sohehannya berita tersebut. Memang ada sesetengah pihak yang mengada-gada dan menokok tambah cerita supaya ianya menjadi hangat dan memberi keyakinan kepada rakyat bahawa kerajaan BN sedang menuju ke jalan kehancuran. Bagi IBM, cerita-cerita yang sebegini, harus diberhentikan kerana ianya merugikan kita semua. Pembangkang memang menunggu saat-saat ini kerana mereka sudah tidak sabar untuk menjadi kerajaan. Dengan apa cara sekali pun pun pembangkang berusaha bagi menjatuhkan kerajaan BN. 
Hari ini, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berpesan kepada semua supaya menjarakkan diri daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang komplot menjatuhkan kerajaan.,Pengerusi BNNBC, Tan Sri Shahrir Samad (gambar atas) berkata kenyataan Zahid itu bukan satu 'lesen' bagi mana-mana blog memalsukan cerita mengaitkan ahli Parlimen BN.,Pokoknya orang yang buat cerita ini tak tanya pun Timbalan Perdana Menteri. Dan spekulasi ni datang tak berikan sebab untuk orang yang lain membuat spekulasi (lain) pula," katanya pada sidang media khas BNBBC di Parlimen petang ini, Selasa.
Kesimpulannya, adakah semuanya ini menaafatkan ahli-ahli Parlimen BN jika mereka menyertai atau menyokong ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk membuat undi tak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen? Oh tidak....IBM rasa ahli-ahli Parlimen BN tidak sebodoh itu. Bersatulah, kerana jika kerajaan BN jatuh sudah pasti negara akan jadi huru-hara. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"

2 comments:

  1. Ahaiiiii....tengok 'kerosakan' yg dibawa oleh Zahid.

    Zahid ni jenis kemaruk ...out spoken, tak pasal2 Shahrir, Shahidan etc, kena buat penafian...ye la ...yg dituduh ahli parlimen..ahli politik
    Nur Jazlan pulak peningkan dia balik.
    Ahaiii.....Nur Jazlan kan kaki selongkar,mulut pedas beb
    Najib tersilap letak dia ni dlm ofis penuh maklumat
    Kuasa Allah jua tu

    Zahid, Zahid....teruskan bukak mulut besar2 nanti lg banyak hikayat2 Najib dan juak2 pengampu yg rakyat tahu.

    Tun M? Standard la tuan....mulut longkang ( pinjam kata tuan) dia buat semua lalat dan langau Najib tak senang duduk.

    Tapi tuan perasan tak, Tun sekarang jarang nak bercakap dan ulas.
    Dlm chedet pun cerita biasa2 je...napa ye

    Ahaiii.....kerja Tun dah senang, org mcm Zahid, Shahrir, Wan Adnan, Rahman, Ahmad Maslan dan ramai lg juak2 pengampu yg 'buatkan' kerja beliau

    Tun M duk diam kut tak aku spray kang...hehehe

    ReplyDelete
  2. Ahaiiii...lupa lak nak komen ayat penutup.

    Bersatu kita teguh,
    Bercerai kita kawin lain la.

    Manusia zaman la ni kebanyakkan kasih sayang sampai depan mayat je...hilang mayat ( masuk kubur) hilang la airmata
    Kut ada yg sedih pun paling lama 2 minggu

    Bercerai hidup, 3 bulan dah bertunang balik...tu pun sebab ada edah!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...