Thursday, August 13, 2015

ZETI TIDAK LETAK JAWATAN. KEKAL SEBAGAI GABENOR SEHINGGA BERSARA.....

KHAMIS, 13 OGOS 2015
28 SYAWAL 1436H
TEKA-TEKI dari sesetengah pihak terutamanya pembangkang bahawa Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan meletakkan jawatan, "meleset'. Itu semua fitnah dan spekulasi yang tidak betul dari pembangkang. Kenapa Zeti mesti meletakkan jawatan?. Spekulasi dari pembangkang diibaratkan seperti 'mulut longkang' yang tidak disuci sekian lama. amat-amatlah busuk sekali. Menurut Tan Sri Zeti, beliau pasti akan kekal dalam jawatan sehingga tempoh beliau (bersara) berakhir. Tempohnya adalah selama lima tahun dan tempoh beliau berakhir tahun depan," katanya kepada pemberita dalam satu taklimat di Bank Negara pada Khamis. Apabila ditanya sama ada beliau berhasrat untuk kekal dalam jawatan sekarang selepas tamat tempoh itu beliau menjawab:

Buat masa ini, apa yang dapat beliau katakan ialah beliau ingin menulis sebuah buku berhubung persaraan beliau. Beliau berada dalam jawatan selama 16 tahun dan juga telah berkhidmat selama 35 tahun kepada Bank Negara dan negara. Beliau percaya Bank Negara Malaysia ialah institusi yang kukuh dan akan pergi ke tahap yang lebih tinggi," kata Zeti. Insyallah Tan Sri, teruskan tugasan mu. Peduli apa pembangkang cakap. Kepada pembangkang, carilah modal atau isu yang lain. Jangan asyik membuat spekulasi yang sudah lapuk yang di telan zaman. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM.

"NEGARA AMAN TANPA PEMBANGKANG"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...