Wednesday, August 12, 2015

PKR SAMAN NAJIB? APA KE JADAHNYA PARTI 'ANAK BERANAK' NI BUAT? DAH TAK ADA MODAL LE TU. PUIIIII!!

RABU, 12 OGOS 2015
27 SYAWAL 1436H
PULAK dah. Saman? Apa nak hairan. Saman-menyaman ni memang dah kerja pembangkang. Mereka pakar dalam hal ini. Sikit-sikit saman. Tapi, yang hairannya, kenapa PKR sahaja yang saman DS Najib? Kenapa PKR tidak mengunakan tiket Pakatan Rakyat? Ops..IBM terlupa. Pakatan Rakyat sudah berkubur. Betul tak? PKR hari ini memfailkan saman terhadap Datuk Seri Najib Razak dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas dakwaan melanggar Akta Pilihan Raya 1954 dengan sumbangan derma RM2.6 bilion serta bersubahat membenarkan kesalahan itu dilakukan. PKR menerusi Naib Presiden Nurul Izzah Anwar, Chua Tian Chua dan Pengarah Pilihan Raya Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa Najib melakukan kesalahan apabila membelanjakan RM2.6 bilion duit derma dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu. Menurut mereka, jumlah itu adalah 26 kali ganda daripada jumlah yang dibenarkan Sekysen 19 Akta Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan belanja RM200,000 bagi calon Parlimen dan RM100,000 bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN). 
Saman ini adalah tindakan lanjutan daripada pendedahan The Wall Street Journal berkenaan wang RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bagi kegunaan kempen Pilihan Raya Umum ke-13, dan terkini diakui sebagai 'wang derma'," kata Nurul Izzah. Beliau juga menggesa agar Mahkamah membatalkan keputusan bagi semua 222 kerusi Parlimen dalam PRU13 lalu dan mengadakan pilihan raya semula. Menurutnya lagi, PKR juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) di seluruh negara berhubung wang RM2.6 bilion itu. Setakat ini, 11 daripada 13 jawatankuasa pilihan raya negeri PKR sudah membuat laporan itu. Turut menyaman adalah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat Dr Dzulkefly Ahmad dan turut dinamakan sebagai plaintif adalah dana sarat hutang milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
IBM mengambil kesimpulan di sini bahawa isu saman yang di bawa oleh PKR ini, adalah merupakan saman peribadi, saman dendam. Kalau nak difikirkan memang kelakar. Dan lagi ianya merupakan modal 'politik songsang' pembangkang yang kini kehabisan modal untuk menghentam kerajaan Barisan Nasional (BN). Kesian pembangkang PKR ni. Memang betul le kata orang. PKR adalah 'Parti Kelentung Rakyat". Memang kaki kelantung pun. Kepada pembangkang, saman korang tu akan masuk kedalam 'bakul sampah'. Tak boleh pakai. Semuanya 'rubbish...rubbish'. Kalau pembangkang melalui PKR boleh saman, DS Najib melalui BN pun boleh saman balik. Kenapa kita mesti takut? Negara ada undang-undang. Benar tetap benar. Samanlah korang. Kita tengok nanti siapa yang kena. Pembangkang HANCUSSS!!. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"PKR ADALAH 'PARTI KELENTUNG RAKYAT"
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...