Thursday, February 11, 2016

FITNAH RAFIZI SOTONG TERHADAP TH : BACA KENYATAAN DARI TH TENTANG KEWANGAN TERKUMPUL DISINI...

KHAMIS, 11 FEBRUARI 2016
SEGALA fitnah yang dilamparkan oleh orang kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) si Rafizi sotong dijawab oleh Lembaga Tabung Haji. Keuntungan terkumpul Lembaga Tabung Haji (TH) masih kekal positif selepas pembayaran bonus 2015 iaitu sebanyak RM609 juta berbanding RM293 juta pada akhir tahun 2014. Menurut TH dalam satu kenyataan, usaha itu adalah langkah awal dan selaras dengan saranan Bank Negara Malaysia untuk TH menyemak kembali polisi rizab sedia ada. “Ingin ditekankan di sini sekali lagi bahawa Bonus 2015 adalah dibayar berdasarkan daripada keuntungan tahun semasa dan tidak sesekali menggunakan rizab,” katanya. 
Syarikat pengurusan dana tersebut telah mengkredit sebanyak RM3.2 bilion bayaran bonus kepada 8.85 juta pendepositnya sejak Isnin lalu. Pendeposit boleh mengemaskini buku akaun masing-masing di semua kaunter TH seluruh negara atau menyemak bayaran bonus melalui ATM rakan-rakan strategiknya. TH menegaskan penyata kewangannya telah disediakan mengikut piawaian pelaporan kewangan yang diterbitkan oleh Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) dan menurut prinsip syariah. Ketua Audit Negara dalam kenyataan beliau bertarikh 3 Feb 2016 mengesahkan Jabatan Audit Negara telah menyemak polisi perakaunan yang diguna pakai oleh TH adalah konsisten dan mematuhi konsep berhemat. - SUMBER
P/S ~ Maka jelas, si sotong ini menabur fitnah yg amat2 berbahaya kepada semua orang terutamanya penabung2 TH. Mari kita sama2 doakan agar si sotong ini di lakhnat oleh Allah SWT. Kerja si sotong ni tak lain tak bukan memfitnah. Biarkan..dia tak takut dosa & mati. Dari saya - IBM #UMNOPJUtetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...