Monday, February 8, 2016

RAFIZI SOTONG DAH MULA PANAS BUNTUT BILA AKTA OSA DIKAJI SEMULA...

ISNIN, 08 FEBRUARI 2016
# Kajian Semak Hukuman OSA, Rafizi Dan Pembangkang Tidak Senang Duduk

MANA ada satu keputusan yang dibuat kerajaan tidak dipertikai oleh sesetengah pihak terutamanya pembangkang? Kenyataan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyelar tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan keputusan Peguam Negara untuk mengkaji semula hukuman Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 adalah wajar. Beliau berkata keputusan Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak seharusnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak termasuk pembangkang kerana ia berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. “Ini harus dihormati. 
Jika kenyataan peguam negara juga dipolitikkan maka, kita tidak ada asas untuk menolak kerana beliau mahu menegakkan perundangan bukan untuk mempolitikkan sesuatu isu… ini tidak harus dilihat sebagai isu politik oleh sesiapa sahaja termasuk pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Khas bersama Umno Johor di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor. Ahmad Zahid yang juga Menteri dalam negeri diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mahu memulakan kempen media sosial bagi menolak cadangan meminda OSA. 
Ini jelas, Rafizi sudah mula rasa panas dan tidak senang duduk. Kerana apa? Korang fikirlah sendiri. Isu ini timbul susulan daripada laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang memetik Mohamed Apandi sebagai berkata bahawa beliau sedang menimbang untuk meminda OSA bagi meningkatkan hukuman ke atas mereka yang terlibat 'membocorkan rahsia negara' dan mereka yang melaporkan berita tentang rahsia itu. Peguam negara itu dilaporkan berkata bahawa beliau melihat kepada kemungkinan mengenakan hukuman 'penjara seumur hidup' dan '10 kali sebatan' untuk pesalah. 
Mohamed Apandi berkata wartawan yang didapati melindungi atau enggan mendedahkan sumber maklumat yang mereka perolehi juga boleh dikenakan tindakan itu. Bukan setakat Rafizi bahkan seluruh barisan kepimpinan parti pembangkang mula terasa bahangnya malah pemimpin-pemimpin NGO yang berhaluan pro pakatan pembangkang juga turut membantah cadangan Peguam Negara tersebut. Adakah selama ini mereka bergantung kepada taktik kotor untuk menang pilihanraya? Korang semua tahu, IBM pun tahu.....Sekian. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...