Wednesday, February 10, 2016

NURUL MAHU BAPAKNYA, ANWAR PEGANG JAWATAN SAMPAI KE TUA (SAMPAI MAMPUS)!!

RABU, 10 FEBRUARI 2016
APABILA mendengar desas-desus dan desakan dari ahli dalam parti, anak kesayangan Anawar Ibrahim yang dipenjarkan, Nurul Izzah lantas menjawab.Tidak ada sebab untuk menggantikan bapaknya, Anwar Ibrahim sebagai tokoh pembangkang hanya kerana beliau sudah berumur. Katanya, ada yang mengatakan bahawa Anwar sudah berumur dan sudah tiba masanya untuk pemimpin baru. Beliau cuba membuat perbandingan di Amerika Syarikat, kata Nurul Izzah, Bernie Sanders yang berusia 74 tahun sedang berjuang memerangi jurang perbezaan antara golongan miskin dan kaya. Sumber memberitahu, Nurul berkata  demikian dalam satu majlis di luar Penjara Sungai Buloh bagi menandakan ulang tahun pertama pemenjaraan Anwar. 
Anwar telah menjadi wajah dan tokoh pembangkang sejak tahun 1998 apabila gerakan Reformasi bermula. Pengkritik (orang dalam parti) berkata, PKR perlu keluar dari bayang-bayang itu jika ia mahu menjadi parti yang berjaya. Nurul Izzah berkata, walaupun bapanya masih boleh memimpin pembangkang untuk menempa kemenangan, tetapi rakyat juga perlu melakukan bahagian mereka. Sehubungan itu, beliau menggesa mereka supaya mula bertindak seperti pemenang dan terus bekerja keras. Katanya, tunjukkan bahawa negara ini adalah milik mereka dan bukan hanya milik Perdana Menteri. Tidak sampai 1,000 orang menghadiri majlis itu malam tadi dan mendengar ucapan dari lebih daripada 20 ahli politik PKR, AMANAH dan DAP.
Ia bermula pada pukul 8 malam dan berlangsung hingga tengah malam, dan berakhir dengan bacaan doa supaya Anwar cepat dibebaskan. Seperti yang kita semua tahu, Anwar dipenjara kerana didapati bersalah meliwat bekas pekerja lelakinya sendiri. Perbicaraannya mengambil masa lebih dari 4 tahun dan melalui 60 kali penangguhan dengan pelbagai alasan yang Anwar berikan. Maka, kesimpulannya disini, jelas bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah parti anak-beranak Anwar Ibrahim. 
Itulah sebabnya Nurul mahu kekalkan bapaknya menerajui PKR sampai ke tua dengan erti kata lain 'menongkat langit' sampai ke tua. Tamak, gila jawatan, itulah yang ada dijiwa keluarga Anwar Ibrahim. Moga Anwar Ibrahim tenang di sana (penjara) buat seketika. Yang pastinya, negara Malaysia aman tanpa gelagat Anwar Ibrahim. Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapfihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...