Tuesday, February 2, 2016

SASARAN MILITAN DAESH : PEMBANGKANG KERAH CYBER TROOPER MEREKA BUAT KECOH DI LAMAN SOSIAL.

SELASA, 02 FEBRUARI 2016
Tidak Benar Kota Kinabalu Sasaran Daesh - Pesuruhjaya Polis Sabah

Mana Rakan-Rakan Cyber Trooper BN. Tak Nak Serang Balik Ke??
Pembangkang dilhat sudah ketandusan idea. Segala tomahan, fitnah yang mereka lamparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN), tidak menjadi. Kini, mereka menggunakan Cyber Trooper mereka menyerang kerajaan di laman sosial pula. Memang, memang dah lama mereka menggunakan Cyber Trooper mereka, seperti 'Red Beans Army' (RBA) untuk menyerang kerajaan. Fitnah mereka menjadi-jadi. Tapi, masih gagal menumbangkan kerajaan BN. Terkini, cerita, serangan baru mereka, kecoh di beberapa laman sosial mengatakan Kota Kinabalu menjadi sasaran militan, Daesh. Walau bagaimanapun ia dinafikan polis Sabah malah tiada gerakan mengerah anggotanya untuk operasi khas bagi mengesan kumpulan militan atau pengganas di negeri tersebut.
Mengikut kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, semua operasi yang dijalankan ketika ini hanyalah pergerakan biasa bagi pencegahan jenayah. Jangan percaya khabar angin khususnya yang menjadi viral di media sosial, ia hanya pergerakan biasa pihak polis, …jika ada sesuatu berlaku (membabitkan kumpulan militan atau pengganas) kami akan beritahu,” katanya selepas melancarkan Op Selamat sempena Tahun Baharu Cina di Donggongon, Selasa. Abd Rashid berkata, tindakan sesetengah pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya beberapa daerah di negeri ini menjadi sasaran pengganas adalah perbuatan tidak bertanggungjawab.
Dengan itu, beliau juga orang ramai supaya tidak panik dan percaya dengan khabar angin berkenaan, jika menerimanya, tanya dengan pihak berkuasa untuk mendapatkan kepastian,” katanya. Diberitakan hari ini (Selasa), ada mesej disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu menjadi sasaran kumpulan militan Daesh. Mesej itu turut meminta orang ramai supaya tidak datang ke tempat tertentu sebagai langkah berjaga-jaga. Itulah modal lapuk pembangkang dengan Cyber Troopernya yang ketandusan idea. Apapun, langkah berjaga-jaga harus diambil oleh pihak yang berwajib. Mana le tahu kot-kot depa sendiri (pembangkang) yang jadi dalangnya. Siapa tahu ye!! Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...