Thursday, February 4, 2016

HINA PM NAJIB DI ATRIA. ANGKARA SIAPA??

KHAMIS, 04 FEBRUARI 2016
Provokasi Lapuk, Murahan : Pelanggan Atau Pengurusan Yang Hina PM Najib??

MEMANG susah kita nak mengagak angkara siapa yang membuat provokasi murahan ini. Dari sudut politiknya, IBM berani kata ini adalah gara-gara pembangkang yang terlalu bencikan PM Najib. Mereka (Pembangkang) akan mencari apa jua jalan untuk menfitnah, provokasi PM dan isteri beliau. Dalam insiden di Atria ini, IBM membuat satu rumusan yang mana Atria Shopping Gallery ini adalah milik orang Cina, orang banyak wang dan besar pengaruhnya. Maka, jika nota ucapan murahan (Selamat Tahun Baru Cina) untuk membuat provokasi terhadap PM kita, DS Najib, memang tidak ditolak, malah digalakan. 
Tapi, apabila ianya sudah menjadi viral di laman sosial, maka pihak pengurusan Atria Shopping Gallery di Petaling Jaya mengambil keputusan untuk menurunkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang dibuat oleh pelanggannya yang dikatakan boleh membawa fitnah ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Nota-nota itu dipamerkan sebagai sebahagian daripada ucapan di pusat membeli-belah itu. Walau bagaimanapun, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan meminta Najib melepaskan jawatannya dan sekiranya tidak berbuat demikian mereka mengharapkan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan jatuh longkang. “Najib jatuh longkap tidak cukup. Kena Najib dan Rosmah jatuh longkang,” petik salah satu nota itu. 
Disini, kita dapat lihat bagaimana mereka-mereka ini (terutamanya kaum Cina) yang benar-benar marah dan terus menghina Perdana Menteri. Gambar-gambar yang membidas Perdana Menteri itu kini tersebar meluas di media sosial. Berikutan itu, pengurusan Atria Shopping Gallery dalam satu kenyataan di Facebook berkata pendapat dan pandangan yang dinyatakan itu adalah milik peribadi daripada mereka yang menulisnya dan ia tidak mencerminkan pendapat atau pandangan mahupun pengurusan kompleks itu. Menurut kompleks itu lagi mereka tidak menyokong mahupun menggalakkan ucapan seumpama itu. Mungkin kita boleh agak motif dan siapa yang lakukan provokasi murahan ini. Tapi, itu alasan yang tidak boleh diterima pakai dari pengurusan Atria. Mereka yang berkuasa disitu, maka, kenapa ianya boleh berlaku sedemekian rupa? 
Mana team management mereka yang menguruskan segala pengurusan bangunan di situ? Butakah mata mereka sehingga tidak melihat nota tersebut sehingga ianya menjadi viral dilaman sosial? Bagi IBM, ini adalah wayang, sendiwara pembangkang. Dan....kepada yang berkenaan yang menulis nota tersebut, anda adalah anak haram jadah. Tak suka PM kita, 'berambus' dari negara ini. Sekian dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...