Sunday, February 7, 2016

KORBANKAN ANAK-ANAK STRATEGI MAHATHIR UNTUK BUNUH POLITIK NAJIB??

AHAD, 07 FRBRURI 2016
Mahathir Sedia Korbankan Anak-Anaknya Demi 'Bunuh Najib'??

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadapi risiko anak-anak beliau menjadi “collateral damage” dalam kempen untuk menggulingkan Najib Razak sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri, kata blogger kontroversi Raja Petra Kamarudin. Dalam posting blog terbaru beliau di Malaysia Today, RPK berkata Dr Mahathir telah salah langkah dengan menyerang peribadi Najib dan maruah keluarga beliau. Dengan berbuat demikian, Dr Mahathir telah “menggunakan strategi yang paling tinggi dalam perang: menyerang apa yang musuh kamu paling menghargai”. Tetapi penulis blog itu berkata strategi ini paling merbahaya kerana pertempuran itu kini meningkat ke tahap di luar kotak politik.
Raja Petra berkata, Dr Mahathir telah cuba untuk memberi tekanan kepada Najib untuk membuatkan beliau meletakkan jawatan (sepertimana cara dia menekan tiga Perdana Menteri sebelum ini) dengan harapan Najib akan “throw in the towel”. Justeru itu Dr Mahathir menyerang apa yang dianggap sebagai perkara-perkara yang berada dekat di hati Najib dan yang dia paling hargai. Dan ini adalah maruah Najib berkaitan nama keluarganya dan warisan Tun Razak Hussein. Jika Dr Mahathir boleh menyeret nama keluarga Razak ke dalam lumpur maka kemungkinan besar Najib akan berputus asa dan berhenti bekerja, “kata Raja Petra.
Bagaimanapun, Dr Mahathir telah salah kiraan dengan memalukan Najib lagi  semasa dialog “Nothing to Hide” tahun lepas – di mana Dr Mahathir hadir dan bersedia untuk berhadapan dengan Najib, dan Najib telah dimaklumkan mengenai arahan polis untuk tidak hadir. “Dr Mahathir bertindak di luar kotak politik,” kata Raja Petra. “Kemudian, Dr Mahathir menyerang keluarga Najib – isteri dan anak-anaknya – dan memfitnah pelbagai perkara jahat tentang mereka. Yang juga membawa kepada tahap yang mana orang Melayu panggil ‘Tiada Maaf Bagi mu’.
Raja Petra berkata, Najib telah memberi isyarat “tegas””no quarter” pada perhimpunan Umno pada bulan Disember dan bahawa beliau akan menjadi satu-satunya pihak yang masih hidup dalam pertempuran tersebut. “Dr Mahathir menyerang Najib di mana ia paling menyakitkan beliau. Jadi kini adalah masa untuk Najib untuk menyerang balas Dr Mahathir di mana ia paling menyakitkan Mahathir pula. Dan apa yang paling disayangi Dr Mahathir adalah anak-anaknya.” Jadi Mukhriz adalah anak pertama yang menjadi korban serangan balas. Dan jika Dr Mahathir terus dan tidak berhenti maka seorang lagi anak beliau akan dikorbankan juga, dan kali ini lebih buruk daripada yang pertama. 
Satu demi satu anak Dr Mahathir akan menjadi “cannon fodder” untuk membayar dosa-dosa bapa mereka, “kata Raja Petra. Dr Mahathir yang mengariskan peraturan di mana ahli keluarga menjadi “collateral damage”. Jadi sekarang semua anaknya merupakan “collateral damage” juga, “kata Raja Petra, memberi amaran kepada Dr Mahathir bahawa dia boleh cuba untuk menyelamatkan keluarganya dengan berdiam diri, atau menyerang Najib dan melihat kehancuran keluarganya sepanjang jalan
P/S - Berbaloikan apa yang Tun Mahathir sedang lakukan ini? Bagaimana sekiranya gagal? Bagi IBM, Tun Mahathir sudah gila, lupa daratan dan mudah lupa bahawa usianya sudah lanjut.Dari saya ~ IBM #UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...