Showing posts with label Nahas Helikopter di Sarawak.. Show all posts
Showing posts with label Nahas Helikopter di Sarawak.. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Susulan nahas : Juruterbang helikopter bawa rombongan TPM meninggal dunia.

DARI ALLAH DIA DATANG, DARI ALLAH JUGA DIA KEMBALI. AMIN.!!

SIBU, 11 April Juruterbang helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri yang terhempas petang tadi, Sahimi Ghazali, meninggal dunia di Hospital Sibu, malam ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Ketua Polis Daerah Sibu Shafie Ismail sebagai berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

“Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

Kata beliau, empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu.

“Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok,” katanya.


SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMATI OLEH ALLAH DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA ORANG-ORANG YANG BERIMAN. AL-FATIHAH !! IKHLAS DARI : IBM

Monday, April 11, 2011

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

SYUKUR ALHAMDULILLAH. SEMUANYA TERSELAMAT.

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...