Monday, May 30, 2011

Alhamdulillah, Tun Mahathir semakin pulih dan di benar pulang

DARI MEJA IBM :

Tun Mahathir dibenarkan keluar, diiringi oleh kaki tangan Hospital (IJN)


Assalmu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

Walaupun keadaan ayahnya semakin sembuh, namun beliau masih memerlukan rawatan fisioterapi dada di rumah, begitulah mengikut kata Mukhriz Mahathir.

Menurutnya lagi, keadaan ayahnya makin pulih selepas terima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak 18 Mei lalu kerana jangkitan kuman di dada.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang sentiasa berdoa agar kesihatan ayahnya sembuh seperti sedia kala. Tak lupa juga kepada semua kaki tangan di Institut (IJN) yang telah memberi rawatan yang terbaik kepada ayahnya, hanya tuhan yang membalas jasa anda semua, katanya.

Sama-samalah kita mendoakan agar Tun kembali sihat seperti biasa dan buat sementara ini banyakkan berihat. Insyallah. Rakyat Malaysia sayangkan Tun Mahathir.

2 comments:

  1. syukurlah...Tun M perlu rehat....

    ReplyDelete
  2. Ms Pearl : Salam. Betul tu, Tun M perlukan byk berehat...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...