Tuesday, May 17, 2011

Tidak pelik Nik Aziz sekali lagi keluarkan 'Fatwa' karut.

Assalamu'alaikum W.B.T dan salam Ukhwah.

KUALA LUMPUR 16 MeiTidak Pelik…. Bukankah sebelum ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melabelkan sesiapa yang pangkah selain daripada Pas akan masuk neraka dan seolah-olah undi Pas masuk syurga, kata penceramah bebas, Ustaz Jamil Long.

Menurut beliau lagi, “fatwa” daripada kepimpinan Pas itu amat jelas mempertahankan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukannya untuk kepentingan umat Islam sejagat kerana “fatwanya” cukup mengelirukan.


“Saya hormat dia tokoh agama cumanya saya sedikit terkilan kerana sanggup menjadi “balaci” kepada Anwar tanpa usul periksa dan atas dasar parti pembangkang, beliau sangggup menolak kebenaran dan tidak menyelidiki secara mendalam “syubhah” yang melekat pada tokoh pembangkang berkenaan.

“Sepatutnya sebagai pemimpin yang kononnya melaung-laungkan Islam, Nik Aziz tidak perlu membuta tuli sebaliknya selidik terlebih dahulu soal “syubhah” yang ada pada diri Anwar hari ini selaras dengan tuntutan agama,” katanya.



Sebelum ini Nik Aziz telah melabelkan sesiapa yang mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video seks yang dikatakan mirip pemimpin pembangkang itu sebagai tidak akan masuk syurga.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin menyifatkan kenyataan Mursyidul Am Pas itu sebagai satu lagi fatwa baru yang dibuat berdasarkan kepentingan politik semata-mata.

Ustaz Jamil seterusnya percaya Nik Aziz akan mempertahankan Anwar walau dalam keadaan apa sekalipun kerana Ketua Umum PKR itu adalah jambatan hubungan antara Pas dan DAP.

“Nik Aziz akan pertahankan Anwar….Percayalah kerana menerusi Anwarlah Pas boleh berpeluk-pelukan dan boleh duduk semeja di dalam pakatan pembangkang. Saya berani katakan begitu kerana Pas dan DAP masih diselubungi perjuangan masing-masing,” katanya.

Ustaz Jamil seterusnya menambah, tidak ada sesiapa yang boleh mengubah pendirian Nik Aziz yang begitu “totok” terhadap Anwar yang dianggap sebagai tokoh berkarisma dan Islamik.

Namun soal beliau apakah Nik Aziz sedar dan tahu bersubahat dengan pemimpin yang berpura-pura sepertimana didedahkan oleh rakan baik Anwar sendiri, balasannya di akhirat kelak.

“Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut cumanya berdoa agar Allah s.w.t membukakan pintu hati Nik Aziz untuk melihat kebenaran dan menolak kebatilan demi kecemerlangan Islam dan bukannya menjadi “pak turut” atau sekadar “pak angguk” kepada Anwar.

“Moga-moga solat hajat yang dilakukan oleh pembangkang dapat membuka hati Nik Aziz untuk menyelidiki secara mendalam dan menolak sejauh-jauhnya kebatilan agar diri beliau khususnya Pas tidak dijadikan alat oleh Anwar sebagai benteng untuk menyelamatkan dirinya yang kini terpalit dengan pelbagai skandal,” katanya. – MediaUMNO

IBM : Nik Aziz ulamak dari pondok semak. Itu sebab dia selalu mengeluarkan 'Fatwa' macam orang yang tinggal dalam semak.

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...