Monday, May 16, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

16 MEI
Assalamu'alaikum W.B.T dan salam Ukhwah.

HARI INI DALAM SEJARAH :

BADAN AMAL DAN KEBAJIKAN TENAGA ISTERI (BAKTI) DITUBUHKAN
Tarikh Peristiwa : 16.05.1977

Pada hari ini dalam tahun 1977, Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri (BAKTI), iaitu sebuah badan kebajikan yang dianggotai oleh isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri telah ditubuhkan secara rasminya sebagai sebuah badan berdaftar dan berpelembagaan, bertempat di Sri Taman oleh Datin (Toh Puan) Shuhaila Tan Sri Mohd Noah, isteri Perdana Menteri Kedua. Pada asasnya penubuhan BAKTI yang dianggotai oleh isteri-isteri pemimpin negara ini adalah untuk berkhidmat bakti, kenal-mengenali antara satu sama lain serta mengembleng tenaga dalam pelbagai usaha aktiviti. Pada awal penubuhannya ahli-ahli BAKTI terdiri daripada isteri-isteri Menteri-Menteri Kabinet Malaysia, Timbalan-Timbalan Menteri dan isteri-isteri Yang Di-Pertua dan Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dipilih secara automatik. Pada tahun 1982, bilangan keahliannya telah bertambah dengan kemasukan secara automatik yang dibuka kepada isteri Setiausaha-setiausaha Parlimen dalam Kementerian-Kementerian. Pentadbiran BAKTI dikelolakan oleh Jawatankuasa Tadbir yang dipilih dalam Mesyuarat Agung BAKTI setiap tahun kecuali jawatan Yang Di-Pertua dan Naib Yang Di-Pertua BAKTI adalah dipegang oleh isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri secara automatik, manakala lapan Jawatankuasa Kecil dilantik untuk menguruskan matlamat ahli-ahli BAKTI sepanjang tahun.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...