Thursday, May 19, 2011

Anwar kekal ketua pembangkang selagi rahsia dalam poket DAPig

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.

Dari Umnoline :


KUALA LUMPUR Tindakan DAP untuk terus mempertahan dan mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan kes liwat bukanlah sesuatu yang mengejutkan, demikian pandangan bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari.

Jelasnya kedudukan Anwar sebagai ketua pembangkang sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan kepada DAP kerana Anwar hanyalah sekadar menjadi kuda tunggangan DAP.

“Selagi Anwar jadi kuda tunggangan yang akan mengikut perintah DAP, selagi itu DAP akan pertahan Anwar jadi Ketua Pembangkang walaupun parti yang dinaungi Anwar iaitu PKR hanya tinggal satu kerusi di parlimen.

“Anwar tidak mampu berbuat apa-apa sebab semua rahsia Anwar sekarang berada dalam poket DAP”, katanya ketika dihubungi UMNO-Online di sini.

Beliau mengulas kenyataan DAP hari ini yang tetap mempertahankan Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang biarpun mahkamah memerintahnkan Anwar membela diri dalam perbicaraan kes liwatnya dengan bekas pembantu khasnya, Saiful Bukhari Azlan.

Malah jika berdasarkan kedudukan kerusi di parlimen pun ternyata ketika ini DAP lebih banyak menguasainya berbanding PKR.

Anuar seterusnya berkata DAP mempertahankan Anwar kerana DAP percaya hanya Anwar yang mampu memecahbelahkan orang Melayu di negara ini di samping mengekalkan sokongan Pas terhadap pakatan pembangkang.

“DAP tidak akan percaya Pas. Dengan rahsia Anwar yang kini sudah berada dalam poket mereka DAP akan mendapat dua keuntungan politik iaitu pertama memecahbelahkan orang Melayu dan kedua mengikat Pas menerusi putar belit Anwar.

“Ini sifir politik DAP yang sebenarnya mudah untuk dibaca”, ujarnya. -MediaUMNO


IBM : Dalam hal ini, yang untung ialah DAPig. Mereka berjaya memecahbelahkan orang2 Melayu. Masihkah orang-orang melayu tak sedar..?..Anwar Ibrahim akan membawa orang-orang melayu kepada kehancuran. Fikir-fikirkanlah......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...