Thursday, May 19, 2011

Menjelang Muktamar Agung Pas 2011 : Mana tokoh Pas Selangor??

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah.


Pas Selangor hilang wibawa. Tiada wakil tercalon pada pemilihan parti itu bulan depan.

SHAH ALAM - Kredibiliti pemimpin Pas Selangor tercalar apabila tiada seorang daripada mereka dicalonkan untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden atau naib presiden dalam pemilihan pucuk pimpinan parti itu bulan depan.

"Kemungkinan Pas Selangor berdepan masalah kepimpinan sejak akhir-akhir ini menyebabkan mereka kurang menyerlah berbanding calon lain." - Dr Zainal Kling

Penganalisis politik, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berkata, prestasi kurang menyerlah menjadi piunca mengapa mereka tidak senarai dalam pertandingan tersebut.

Walaupun mereka mempunyai tokoh pemimpin yang tidak kurang hebatnya seperti Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad tetapi tidak mendapat pencalonan daripada mana-mana kawasan dan ini sedikit sebanyak mencalarkan imej dan kredibiliti mereka.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, Datuk Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan Presiden Pas setelah menang tanpa bertanding.
Manakala jawatan Timbalan Presiden menyaksikan persaingan enam penjuru membabitkan penyandang Nasharudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu dan 14 calon lagi untuk jawatan naib Presiden.

IBM : Persolannya, kemananakah calon-calon dari Pas Selangor, kenapa dan mengapa nama-nama mereka tidak tersenarai..?...mungkinkah ini menunjukkan Pas Selangor tidak lagi dihormati oleh rakan-rakan sepejuangan mereka dari negeri-negeri yang lain?..Ini jelas menujukkan Pas Selangor sedang menuju kehancuran seperti rakan kongsinya PKR. Bagi kita orang-orang Umno dan BN, ayuh bersedia bagi menanti 'tiupan semboyan' yang akan ditiupkan oleh PM kita bagi menandakan PRU-13 akan bermula. Dan....misi kita untuk merampas kembali negeri Selangor akan diteruskan, insyallah kita kan beroleh kejayaan jika kita berkerja keras dan bersatu.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...