Thursday, May 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

12 MEI


ASSALAMUALAIKUM PEMBACA SEMUA.

HARI INI DALAM SEJARAH :

PENUBUHAN ANGKATAN KOPERATIF KEBANGSAAN MALAYSIA (ANGKASA)
Tarikh Peristiwa : 12.05.1971

Pada hari ini dalam tahun 1971, Angkatan Koperatif Kebangsaan Malaysia atau ANGKASA telah ditubuhkan. Penubuhan ANGKASA merupakan lanjutan daripada resolusi-resolusi yang telah dibuat dalam Kongres Kerjasama Malaysia pertama pada 15 November 1966. Penubuhan ANGKASA adalah sesuatu yang penting dalam perkembangan ekonomi dan pembangunan negara, kerana penubuhannya telah dapat menyatupadukan gerakan-gerakan koperasi yang telah wujud di tanah air terutamanya di luar-luar bandar. ANGKASA juga telah memberikan nafas baru dalam gerakan koperasi di kalangan rakyat Malaysia dan merupakan badan tunggal yang mewakili gerakan-gerakan koperasi seluruh Malaysia bagi peringkat antarabangsa. Itulah julung kalinya diwujudkan satu gabungan gerakan koperasi yang menggabungkan semua gerakan koperasi di tanah air selepas diwujudkan Ordinan Koperasi 1948. Sebagai sebuah badan induk, gerakan koperasi ANGKASA telah bertindak melindungi koperatif-koperatif, mengekalkan pengalaman, konsep dan prinsip koperasi yang tulen di dalam semua sektor di mana ahli-ahlinya berada. Ia turut menjadi penggerak, pendorong, penggalak dan perancang aktiviti-aktiviti pengembangan samada di dalam bidang ekonomi mahu pun sosial serta menyelaras keperluan-keperluan ekonomi, sosial dan koperasi-koperasi dengan pihak kerajaan di dalam usaha pencapaian Dasar Ekonomi Baru.


SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM

SUMBER : ARKIB NEGARA

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...