Tuesday, May 31, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

31 MEI

DARI MEJA IBM :
Bendera Repulik Rakyat China

Bendera Negara Kebangaan Kita Malaysia

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah

HARI INI DALAM SEJARAH :

PEMETERAIAN HUBUNGAN DIPLOMATIK MALAYSIA DAN REPUBLIK RAKYAT CHINA
Tarikh Peristiwa : 31.05.1974
Pada hari ini dalam tahun 1974, Perdana Menteri Tun Razak mewakili kerajaan Malaysia telah menandatangani perjanjian hubungan diplomatik di antara kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China yang diwakili oleh Perdana Menterinya , Chou En Lai. Upacara yang penuh bersejarah bagi kedua-dua buah negara itu telah dimeterai di Peking. Perdana Menteri Republik Rakyat China, dalam ucapannya pada majlis itu mengalu-alukan pengukuhan hubungan yang telah terjalin sejak lebih dua ribu tahun lamanya. Tun Abdul Razak, telah merintis semula usaha ke arah terjalinnya kembali hubungan secara rasmi ini, dalam ucapannya beliau telah melahirkan harapan agar segala rintangan fizikal yang wujud selama ini diantara kedua-dua buah negara dapat dihapuskan dan tali perhubungan dapat diteruskan. Berikutan daripada perubahan dasar luar Malaysia ini, adalah selaras dengan dasar negara-negara lain di Asia Tenggara iaitu membebaskan rantau ini daripada ancaman perang yang berpanjangan. Sesungguhnya sepanjang 50 tahun kemerdekaan negara Malaysia sentiasa berusaha untuk terus menjalinkan jalinan persaudaraan dan muhibbah dengan pemimpin dari negara-negara serantau.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...