Friday, May 20, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

20 MEI

Hari Wanita disambut meriah di seluruh dunia

Assalamu'alaikum w.b.t dan salam ukhwah
HARI INI DALAM SEJARAH :

PERSETUJUAN MENYAMBUT HARI WANITA
Tarikh Peristiwa : 20.05.1962
Pada hari ini dalam tahun 1962, satu persetujuan telah dicapai untuk merayakan Hari Wanita di Malaya pada setiap 25 Ogos tiap-tiap tahun. Keputusan tersebut telah diambil dalam satu konvensyen pemimpin-pemimpin wanita yang dianjurkan oleh UMNO Malaya bertempat di rumah UMNO Malaya di Batu Road, Kuala Lumpur. Di antara pemimpin wanita yang hadir ialah wakil-wakil pemimpin-pemimpin wanita dari Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS), Parti Rakyat Malaya, UMNO Malaya, Y.W.I.A. pertubuhan perkumpulan-perkumpulan wanita, Kesatuan Guru-Guru Wanita, St. John, MCA dan YWCA. Konvensyen pemimpin-pemimpin wanita itu juga telah bersetuju menderma sebanyak $1,250.00 bagi merayakan sambutan Hari wanita yang pertama yang diadakan pada 25 Ogos 1962, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Sambutan tersebut telah diadakan dari pukul 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam. Ahli-ahli Jawatankuasa yang dipilih bagi sambutan Hari Wanita terdiri daripada Datin Fatimah Ahmad (Pengerusi), Puan Aishah Ghani (Naib Pengerusi) , Puan R. Bhupalan (Setiausaha) , Cik Rahimah dan Cik Rahmah ( Penolong Setiausaha) , Puan Fatimah Hamidon (Bendahari) dan ahli-ahli jawatankuasa lain. Sesungguhnya, Hari Wanita yang dirayakan adalah bertujuan untuk menjalin hubungan yang erat di kalangan kaum wanita berbilang bangsa di Persekutuan Tanah Melayu.

SELAMAT MEMBACA. IKHLAS DARI : IBM
SUMBER : ARKIB NEGARA
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...