Thursday, January 28, 2016

BARU TAHU. RUPANYA TUN MAHATHIR TIDAK MAHIR TENTANG UNDANG-UNDANG

KHAMIS, 29 JANUARI 2016

AKHIRNYA terbongkar juga. Kita menjangkakan seseorang seperti Tun Dr Mahathir yang telah menjadi Perdana Menteri selama lebih daripada 22 tahun beserta dengan ahli parlimen yang secara teknikalnya adalah seorang pengamal undang-undang tentulah mahir tentang perundangan serta tugas dan tanggungjawab seorang Peguam Negara. Kenyataan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menerusi entri terbaru blognya beliau menegaskan bahawa Peguam Negara adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan yang mana fungsi utamanya adalah menyelia jabatan perundangan memang ada benarnya dan faktnya.

Peguam Negara akan bertindak menasihat kerajaan, jabatan kerajaan dan juga kementerian di dalam kerajaan berhubung dengan perundangan. Peguam Negara juga berperanan menjawab soalan-soalan di Parlimen dan memfailkan rayuan dengan ayat berhemah di Mahkamah Rayuan. Kita sering mendengar tomahan dari Tun Mahathir mendakwa “Di Malaysia, Peguam Negara membuat keputusan samada ianya bersalah atau tidak. Keputusan tersebut seolah-olah satu keputusan penghakiman. Peguam Negara bertindak sebagai Hakim dan Pendakwaraya. Ini dengan sendirinya tidak berlaku adil”. Jelas kenyataan Tun Mahathir ini mengelirukan.

Segala tuduhan dan tomahan yang dilontarkan oleh Tun Dr Mahathir membuat andaian seperti Peguam Negara melakukan kesalahan dengan melanggari sempadan tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Peguam Negara. Perlu kita ingat, pihak polis dan juga pihak berkuasa yang lain seperti SPRM mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat sekiranya mereka berfikir wujudnya unsur jenayah di dalam sesebuah kes. Hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara yang akan membuat keputusan adakah ianya suatu jenayah berdasarkan bukti yang mencukupi untuk beliau membawanya ke mahkamah atau untuk sabitkan kesalahan.

Amalan ini telah berjalan sejak tahun 1243 di mana jawatan tersebut mula-mula diwujudkan di England dan pada tahun 1961 apabila Peguam Negara mengambil peranan bertindak sebagai penasihat kerajaan dan tahun 1973 jawatan tersebut berfungsi sebagai penasihat kepada jabatan pendakwaraya. Secara asasnya Malaysia mengamalkan undang-undang British dan jawatan Peguam Negara adalah sama dengan apa yang diamalkan di England. Peguam Negara akan meneliti setiap kes berdasarkan merit dan selepas penelitian terhadap laporan beserta dengan bukti Peguam Negara akan membuat keputusan samada akan membawa kes tersebut ke mahkamah atau sebaliknya.

Peguam Negara tidak akan melakukan perkara di luar kebiasaan kerana ini  adalah amalan biasa sejak dari awal kewujudan jabatan ini. Dan ianya adalah sama ketika Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, tidak lebih dan tidak kurang. Kesimpulannya, IBM setuju denga saranan DS Salleh bahawa Tun Dr Mahathir memang tidak mahir tentang undang-undang. Selama dia menjadi Perdana Menteri, undang-undang yang beliau amalkan adalah undang-undang beliau sendiri, undang syok sendiri. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU #KEKALNAJIB.

3 comments:

  1. Kalau x takkan dapat title mahafiraun, mahazalim dan sebagainya. Terkini mahafitnah lah....

    ReplyDelete
  2. Memang celaka dan bangang lah Abu Bakar anjing MAdey ni..
    merata blog dia masuk 'cirit' kan isi perutnya.
    Woi bongok.. modus operandi korang ialah nak salahkan dan jatuhkan Najib. skrg isu korang bukan ckp Najib tu salah atau tak. Itu jahatnya kau dan anjing2 suruhan Madet.

    Aku minta doa segera proksi2 jahat tajaan Madey ini akan jatuh dan dihukum. Juga segera Mukhriz di pecat dari UMNO, Ini puak2 celaka.. bukan kebenaran yg mereka cari tapi hasad dan busuk hati utk cantas sesama sendiri!

    Abu.Kabar.anjing.Madey Laknatullah. Semoga kau di laknat Allah dan menerima azab didunia lagi. Aminn ya Allah.

    ReplyDelete
  3. selagi Najib tak dapat dijatuhkan menggelupor lah anjing2 ini akan serang org2 yg tak mahu jatuhkan Najib. Sudha terang Najib xde terima rasuah atau bentuk suapan balas dan satu dunia kenal siapa Raja Saud dan kekayaan mereka. Kenapa nk dilulang2 ganyang Najib tanpa musabab? GILA KE WOII ABU BAKAR LAKNATULLAH?
    Kau nak Patail tu kekal sbb dia telah jadi proksiyg berpakat dgn Zeti supaya Najib tetap didakwa.. Zeti ialah proksi Madey. Mcm2 mereka boleh berpakat utk jahanamkan Najib. Jadi Peguam Negara yg betul2 buat kerja bukan dibeli oleh Madey telah teliti semua dokumen yg bertingkat2 tu.

    Bila takde kesalahan.. nak juga ckp salah..itu sewel namanya. better kau ajak anjing2 yg lain turun demo dpn Seri Perdana tunjuk sifat jantan kau dr bersembunyi dan baling batu tuding org lain.. pengecut!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...