Showing posts with label PRK DUN Tenang.. Show all posts
Showing posts with label PRK DUN Tenang.. Show all posts

Sunday, January 30, 2011

Terkini Di DUN Tenang..masih Tenang.

Suasana Terkini Di Pilihan Raya DUN Tenang.

CALON Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim membuang undi di saluran tiga Dewan Serbguna Kampung Paya Merah, bagi pilihan raya kecil DUN Tenang pagi ini.
SUASANA di sekitar kawasan pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesyen yang terjejas akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi ketika pengundi mula keluar mengundi pada pilihan raya kecil DUN di Labis pagi ini.
JENTERA Barisan Nasional Kampung Lembah Bakti membawa pengundi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk keluar mengundi selepas rumah mereka di naiki air pada pilihan raya kecil DUN Tenang.
PENGUNDI membuat pemeriksaan sebelum memasuki Dewan untuk mengundi bagi pilihan raya kecil DUN Tenang, pagi ini.

LABIS: Beberapa laluan sekitar Kampung Sawah dan Tenang Station di sini dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Pihak berkuasa sedang mengambil langkah untuk membantu membawa pengundi ke pusat pengundian bagi membolehkan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
UPDATE :

DUN Tenang: 7,219 keluar mengundi setakat 12 tengah hari

* Selamat mengundi kepada semua warga di DUN Tenang. Gunakan kuasa anda sebagai pemilih, dan pilihlah calon yang benar-benar boleh berkhidmat untuk semua. Sudah semestinyalah calon Barisan nasional -
IBM

Wednesday, January 5, 2011

Awas !! BN Akan Serang dan Serang

Carta DUN Tenang

BN Mahu Guna Taktik 'Serang'

"Kita yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Tenang." - Zahid


KUALA LUMPUR - Jentera Barisan Nasional (BN) dan Umno akan menggunakan taktik 'menyerang' bagi menentukan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang terus kekal. Itulah yang dikatakan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Jentera BN dan Umno sudah bersiap sedia untuk bergerak bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya kecil yang dijadualkan pada 30 Januari depan.

Ini berdasarkan DUN Tenang adalah kawasan tradisi Umno dan Bn, namun kemenangan dengan majoriti 2,500 undi belum tentu menjanjikan kemenangan besar.

Datuk Seri Dr Zahid juga mengatakan akan meletakkan calon terbaik mengantikan allahyarham Datuk Sulaiman. PM akan mengumumkan nama calon BN dalam masa yang terdekat ini.

Kata IBM : Insyallah, jika kita berkerja lebih keras, bersatu hati, berkerja sebagai sebuah pasukkan, kemenangan akan berpihak kepada kita. Agenda rakyat harus diteruskan, sejajar dgn slogan oleh PM kita, 'rakyat di dahulukan, percapian di utamakan'....BN akan berjaya..!!

Monday, December 20, 2010

Pilihanraya DUN Tenang : SPR Umum Jumaat Ini


KUALA LUMPUR, 20 Dis – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada Jumaat ini.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria dalam satu kenyataan sebentar tadi, berkata pihaknya sudah menerima notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Jumaat lalu berhubung kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha dari Barisan Nasional (BN).

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan semua perkara berkaitan dengan pilihan raya kecil DUN Tenang pada 24 Disember di Putrajaya,” katanya.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian selepas mesyuarat khas itu.

# IBM : Pas kata mereka sudah bersedia. Umno/BN pun sudah bersiap sedia.....akan berjuang, dan terus berjuang.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...