Showing posts with label PRN Sarawak. Show all posts
Showing posts with label PRN Sarawak. Show all posts

Saturday, April 16, 2011

PRN Sarawak : BN TERUS MENDAHULUI

ASSALAMUALAIKUM SEMUA.

DEBARAN DEMI DEBARAN.

Keputusan terkini dan tidak rasmi:

BARISAN NASIONAL MENGUASAI 51 KERUSI DAN BERJAYA MENGEKALKAN MAJORITI LEBIH DUA PERTIGA.

PKR-DAP MASIH MENGEKALKAN 3 KERUSI!!!

NANGIS!!! NANGIS!!!!

[SUMBER DARI : theflyingkick.blogspot.com]

Pengundian Pilihan Raya Sarawak ke - 10 Bermula.

Para Pengundi begitu setia menunggu giliran mereka untuk mengundi

Pengundi berbaris panjang untuk mengundi

Petugas pilihan raya membantu OKU untuk ke tempat mengundi

KUCHING: Pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 bermula pukul 8 pagi Sabtu di mana 961,433 pemilih berdaftar akan memilih wakil rakyat bagi 71 kawasan Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan.

Undi pos bagi 18,363 pemilih telah dijalankan lebih awal.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang bertanding bagi penggal ketujuh memegang jawatan itu, mengetuai Barisan Nasional (BN) bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti pembangkang DAP bertanding di 15 kawasan, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) (26 kawasan), Parti Keadilan Rakyat (PKR) (49 kawasan), PAS (5 kawasan) dan Parti Cinta Malaysia (PCM) (6 kawasan). Seramai 41 orang bertanding sebagai calon Bebas.

Sebanyak 27 kawasan menyaksikan pertandingan satu lawan satu, 23 kawasan(tiga penjuru), 17 (empat penjuru), dua (lima penjuru) manakala dua lagi (enampenjuru).

BN menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri sebelum ini manakala DAP enam kerusi, PKR (1 kerusi) dan PCM juga satu kerusi tetapi ketika itu bertanding atas tiket Bebas.

Pemilih akan mengundi di 1,748 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negeri yang keluasannya hampir menyamai Semenanjung Malaysia dan waktu pengundian berperingkat turut dilaksanakan memandangkan ada pemilih yang tinggal jauh di pedalaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara lain menggunakan sekolah, rumah panjang, balai raya dan dewan sebagai pusat mengundi.

Pengundi paling ramai ialah di kawasan Pending (29,498 orang) manakala pengundi paling sedikit ialah di Ba'Kelalan (6,958 orang).

Helikopter akan digunakan untuk 15 pusat mengundi.

Pengundian ditutup pada 5 petang tetapi jauh lebih awal di kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pemilih yang agak kecil.

Keputusan pertama pilihan raya dijangka diumumkan kira-kira 8 malam. - BERNAMA

MAKA, PADA PAGI INI BERDUYUN-DUYUNLAH RAKYAT NEGERI SARAWAK KELUAR BAGI MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEBAGAI RAKYAT KELUAR MENGUNDI BAGI MEMILIH SIAPAKAH YANG LAIN UNTUK MEMIMPIN DAN MENERJUI NEGERI SARAWAK YANG BERGELAR 'KERAJAAN.' DI HARAP RAKYAT SARAWAK TIDAK SILAP MEMBUAT PERHITUNGAN. UNDILAH BARISAN NASIONAL YANG TELAH BANYAK BERJAYA DAN MEMBANGUNKAN NEGERI SARAWAK DENGAN JAYA. TIADA PARTI LAIN YANG BOLEH BERBUAT SEDEMEKIAN, TIDAK PEMBANGKANG, HANYA BN. OLEH ITU, KEPADA RAKYAT SARAWAK, GUNAKANLAH KEBIJAKSANAAN ANDA SEMUA. UNDI ANDA ADALAH PENENTU, SILAP UNDI, BINASALAH BADAN. SELAMAT MENGUNDI..!! IKHLAS DARI : IBM

Friday, April 15, 2011

Al-Juburi yakin Pakatan dapat sekat majoriti 2/3 BN

Ceramah oleh PKR, Parti Kelentung Rakyat


ASSALAMUALAIKUM, SALAM HARI JUMAAT KEPADA SEMUA PEMBACA BUDIMAN.
PAKATAN TERLALU YAKIN AKAN DAPAT MENYEKAT MAJORTI DUA PERTIGA BN DI PRN SARAWAK. KEYAKINAN INI DISUARAKAN OLEH 'PUNAHSIHAT' PKR, DS ANWAR IBRAHIM ATAU LEBIH DIKENALI AL-JUBURI. JOM BACA.........

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan berjaya menyekat peluang BN daripada memperolehi majoriti dua pertiga di DUN Sarawak.

Pakatan yakin akan memenangi lebih daripada 24 kerusi yang diperlukan untuk meraih kemenangan moral ke atas BN, katanya dalam sidang media di hari terakhir kempen pilihan raya negeri Sarawak hari ini.

NONE

Katanya lagi, Pakatan optimis dalam peluangnya memecahkan monopoli kuasa BN di negeri berkenaan.

Namun, Anwar dilihat berwaspada dan mengakui bahawa ianya satu usaha sukar apabila ditanya sekiranya Pakatan mampu mengambil alih kerajaan negeri.

Katanya, masalah tidak akan timbul sekiranya pilihan raya itu dijalankan secara bebas dan adil.

Apa yang membimbangkan adalah perkembangan yang akan berlaku dalam tempoh terakhir kempen ini, katanya lagi,

Kempen selama 10 hari akan berakhir pada tengah malam ini dan pemilih akan mula membuang undi sebaik pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi esok.

MIMPI YANG TAK SUDAH MELANDA AL-JUBURI. MENGIDAM UNTUK MENJADI PERDANA MENTERI.....TAPI, DIK KERANA MANUSIA YANG TAK SEDAR DIRI, DIA (ANWAR) MUNGKIN AKAN BERHABIS-HABISAN BERPERANG DI SARAWAK. BERMIMPILAH KAU WAHAI ANWAR, DAN AKHIRNYA TEMPAT KAU ADALAH DI PENJARA SUNGAI BULOH. OLEH : IBM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...