[DARI MEJA IBM] :
ASSALAMUA'LAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA
SEGALA-GALANYA TELAH TERJAWAB. KEMATIAN BENG HOCK BERPUNCA DARIPADA BUNUH DIRI. DIHARAP KES INI TIDAK LAGI DIPOLITIKAN . CUKUP SAMPAI DISINI. TUTUP BUKU. LET HIM ( TEOH) REST IN PEACE - IBM.

Berita Terkini Dari Utusan Malaysia :
[KUALA LUMPUR 21 Julai - Kematian Teoh Beng Hock, pembantu khas seorang anggota Exco kerajaan negeri Selangor dikenal pasti berpunca daripada bunuh diri.
Keputusan mengenai punca kematian Teoh itu terkandung dalam laporan setebal 124 muka surat prosiding Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang didedahkan kepada umum hari ini.
Beng Hock, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan. - Bernama]