Friday, December 24, 2010

Elaun RM500?? Mari, Mari Anwar Nak Bagi.....

"Betul, saya nak bagi RM500 ni, tapi bila PR menang le." - Anwar

Bersemangat nampaknya guru ni bila mendengar Anwar nak beri elaun RM500. Betul ke, bila tu? atau janji-janji kosong je....

PR Janji Elaun RM500 Untuk Guru Jika Memerintah.

Ketua Pembohong berjanji lagi. Kali ini targetnya ialah guru-guru. Dia berhasrat untuk memperkenalkan imbuhan RM500 kepada semua pegawai dan guru bertanggungjawab di dalam sistem pendidikan.

Menurutnya imbuhan rekaan beliau hanya akan menelan belanja RM3.2 billion setahun yang merupakan jumlah yang kecil. Dia kesal dengan kenyataan Menteri baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara, betul ke, bila Menteri itu membuat kenyataan?

Menurut si Pembohong ni, boleh di panggil Mr Angan-angan/Mr Syok sendiri, PR telah meniliti kesan kewangan dari perlaksanaan ini. Mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan Kementerian [24,153]
dasar dan pembangunan pendidikan [4,059], operasi pendidikan [498,399] dan pembangunan profesionalisme keguruan [10,610] (Entah betul entah tidak figure ni).

Katanya, PR percaya bahawa tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. Syok habis bila guru-guru dengar semua janji-janji si pembohong ni.

Dan secara kurang sopan, dia menyentuh kos perbelanjaan semua lawatan Perdana Menteri ke luar negara. setakat ini sebanyak RM8.7 juta boleh menanggung imbuhan bagi 1,450 orang guru.

Menurutnya lagi, bayaran kepada APCO sebanyak RM77 juta bagi 2009 boleh menampung imbuhan bagi 12,800 orang guru iaitu keseluruhan tenaga kerja yang membangunkan profesionalisme keguruan.

Ulasan IBM : Aduh....pandai betul si Pembohong ni menabur janji. Mana dia dapat figure-figure tu semua, betul ke atau dia main tembak je..?..kalau dah dasar pembohong tu, pembohong jugak. Kepada guru-guru, jangan cepat terpengaruh akan janji-janji PR dan si anwar ni..menyesal tak sudah nanti, jangan sampai nasi menjadi bubur....fikir-fikirkanlah...
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...