Tuesday, December 14, 2010

Tun Beri Pertunjuk Pilihan Raya Umum Kian Hampir

"Saya Menaruh Keyakin Pada BN. BN Boleh.!" - Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dilapor berkata BN mampu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan menubuhkan kerajaan pusat, tetapi pada masa sama melahirkan keyakinan gabungan itu dapat merampas beberapa negeri Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu ialah input terbaharu Mahathir kepada pemerintah yang diterajui Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

BN kini kelihatan yakin untuk menghadapi pilihan raya umum, ketika pakatan parti-parti pembangkang berdepan pelbagai masalah.

Keyakinan BN ditambah dengan kemenangan dua pilihan raya kecil tidak lama dulu, kemenangan yang menamatkan gelombang kemenangan bergaya PR dalam siri pilihan raya umum sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008.

Spekulasi rombakan kabinet juga meningkatkan lagi jangkaan pilihan raya umum makin hampir kerana rombakan itu bakal menjadi usaha terbaharu Najib menyusun parti-parti pemerintah bagi menghadapi pilihan raya.

Keperluan merombak kabinet dilihat kritikal untuk menangani kritikan terhadap pemimpin tertentu dan menjadikan gerak kerja pemerintah lebih berkesan.

Pemerhatian tokoh di luar kerajaan boleh dipandang serius berbanding pemimpin-pemimpin politik. Sebelum Pilihan Raya Umum ke-12, bekas menteri Tun Daim Zainuddin meramalkan kemenangan besar pembangkang dalam pilihan raya umum tersebut.

# IBM : Kita orang semua sudah bersedia. Bila-bila masa akan turun padang. Kita sambut seruan Tun, kita akan tawan semula negeri2 yg PR duduki sekarang...Insyallah...
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...