Sunday, December 12, 2010

Slogan Penipu PKR : Negara Berkebajikan


Kita Imbau kembali. Mari baca...........

Malam sabtu lalu Buletin Utama TV3 memaparkan sekumpulan rakyat Selangor pelbagai kaum yang melahirkan rasa tertipu oleh kerajaan campuran Selangor dan sebelum itu pun dah ada rakyat yang buat laporan polis kerana kes yang sama.

Berjanji memang senang tetapi untuk menunaikannya bukanlah sesuatu yang mudah. Belum dapat, bulan dan bintang nak berikan tetapi bila dapat baru tau langit itu tinggi atau rendah. PKR mungkin tak mimpi akan perintah Selangor dan Tan Sri Khalid pula tak sangka jadi MB. Maka berjanjilah mereka ikut sedap mulut. Akhirnya PKR jadilah ”PARTI KELENTONG RAKYAT”

Antara kelentong PKR ialah menurukan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% , cuti bersalin 90 hari, membuka tabung permulaan RM100 setiap anak kelahiran Selangor, bantuan RM75 sebulan seorang bagi setiap anak yang dihantar ke taman asuhan kanak-kanak, bantuan RM50 sebulan bagi anak yang mengikuti pendidikan pra sekolah dan memberi RM1,000 kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Dalam hal ini Tok Nan yang mengetuai Kerajaan BN di Pahang yang sering ditohmahkan sebagai brutal, nampaknya lebih berhemah dari Tan Sri Khalid yang terus terkial-kial mencari alasan menghalalkan kelentongnya itu.

Tanpa apa-apa janji dan publisiti Kerajaan Pahang pimpinan Tok Nan telah memberikan bantuan pendidikan, biasiswa, derma siswa, pinjaman dan lain-lain melibatkan sejumlah wang RM439.147 juta yang memberi manfaat kepada seramai 362,477 penerima..Bagi tahun 2007 sahaja kerajaan BN Pahang telah membelanjakan sejumlah 52.647 juta yang melibatkan 28,430 penerima bantuan pendidik biasiswa sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi.

Tanpa apa-apa pengecualian tak kira dia bangsa apa, anak orang miskin, anak orang kaya raya, anak orang besar, anak orang kampung anak, orang UMNO, BN, PAS, DAP atau PKR. Semuanya layak asalkan pemohon dapat menunjukkan surat tawaran pengajian, kad pengenalan sendiri dan ibu bapanya.

Wang hangus ini juga berikan bukan sahaja anak-anak kelahiran Pahang, ibubapa kelahiran Pahang tetapi juga permastautin Pahang walaupun mereka atau ibubapanya bukannya anak Pahang.

Walaupun kerajaan Pahang cuma bagi RM500 tetapi dia tak kelentong macam Selangor yang berjanji nak bagi RM1000.00 kepada setiap anak Selangor yang masuk universiti. Itulah kemampuan Kerajaan Pahang tak berjanji kalau ia tak mampu.

Kasihan melihat rakan-rakan yang di kelentong oleh nafsu besar PKR (PARTI KELENTONG RAKYAT) melalui slogan NEGARA BERKEBAJIKAN kerajaan PR (PENIPU RAKYAT) itu. Kita tunggu sajalah akan ramai lagi rakyat yang mengikut langkah Mohd. Shaid Rosli membuat laporan polis kepada pengelentong-pengelentong
itu.

# IBM : Memang penipu pun. Bila kepalanya kaki kelentong, penipu..apa lagi pengikutnya.....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...