Thursday, December 23, 2010

Chegubard Sibedebah yang tak sedar diri !!

"Jikau beliau tidak sanggup saman, kita minta beliau berundur secara terhormat. Ini bukan persoalan beliau salah atau tidak tetapi ia menjurus kepada imej Malaysia secara keseluruhan" - BADRUL HISHAM

DS Najib dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu

NAJIB DIGESA AMBIL TINDAKAN TERHADAP WIKILEAKS, SINGAPURA

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak didesak supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap laman antarabangsa, WikiLeaks Kersjaan Singapura dan media Australia yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sepertimana yang didedahkan dalam laman tersebut.
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Badrul Hisham Shahrin berkata, pendedahan WikiLeaks itu mencemarkan imej kepimpinan Najib dan memburukkan namaMalaysia di mata dunia.
"Jika beliau tidak sanggup saman, kita minta beliau berundur secara terhormat. Ini bukan persoalan beliau salah atau tidak tetapi ia menjuruskan kepada imej Malaysia secara keseluruhan," tegasnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.
Badrul turut membidas media Utusan yang sehingga hari ini masih menggelapkan kaitan Najib dengan misteri pembunuhan wanita warganegara Mongolia sepertimana yang dibocorkan laman web itu.
"Utusan Malaysia tidak bijak, bila WikiLeaks menyebut tentang Anwar, mereka memanipulasinya di lapporan mereka tetapi bagaimana dengan pendedahan WikiLeaks yang mengaitkan Najib dan pembunuhan wanita Mongolia pada 2006," soalnya.
Pasa masa yang sama Badrul turut mencabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan media yang dimiliki Umno supaya berdepan dengan saman Anwar di mahkamah.
"Dr Mahathir kena jawab tuduhan Anwar ini di mahkamah, bagi bukti dan keterangan. Jangan lari semasa perbicaraan fitnah Anwar pada 1999. Jangan sekadar berkokok tapi jawab tuduhan itu di mahkamah nanti. Pihak Mahkamah pula perlu telus dan tunjukan ia terbuka dengan memanggil Dr Mahathir.

# IBM : Isss...issss...itulah, bila budak mentah seperti chegubard ni bersuara, macam dia dah makan garam berguni-guni. Cerminkan diri tu dulu, bertanding Ketua AMK pun kalah. Nak cakap banyak lagi, dan..siapa dia menyuruh DS Najib undur diri.?. Tak ada maruah langsung. Bila kalah, buat protes, hantar surat bantahan...tapi bila di sogok dgn wang, beri jawatan, lupa semua tu. Itulah sifat semula jadi juak-juak PKR ni. Maruah di taruh kat lutut atau buntut. Macam boss depa tu le.....Kalau saya le, bila dah kalah tu, pandai2 le bawa diri. Itu menunjukkan orang dah tak suka....tapi...Chegubard n i tak ada maruah langsung.......!!
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...