Friday, December 31, 2010

PRK DUN Tenang : Pas Tak Ada 'Telo'


Wanita antara disenarai bakal calon di Tenang.

Mengikut Pas, wanita adalah antara yang disenaraikan untuk dipertimbangkan sebagai calon Pas dalam pilihan raya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang pada 30 Januari nanti.

Calon wanita tersebut merupakan bekas seorang guru, anak tempatan dan memegang jawatan di cabang tempatan parti itu, mengikut sumber Pas.

Pengarah Operasi Pilihan raya Pas bagi pilihan raya kecil Tenang, Dzulkefeley Ahmad berkata, cakap-cakap bahawa Pas meletakan calon wanita hanyalah khabar angin kerana keputusan mengenai siapa calon Pas hanya akan dibuat oleh pucuk pimpinan parti tidak lama lagi. Namun, katanya, nama pemimpin wanita itu terdapat dalam senarai yang dicadangkan sebagai calon.


ULASAN IBM : Kata Pas , mereka tidak letak harapan tinggi di PRK Dun Tenang. Itu sebab mereka menyusun strategi baru untuk meletakkan calon wanita. Nak dapat undi simpati le tu. Siaopa tak kenal Pas. Apa-apa pu, siapa pun calon Pas, BN tetap lawan......
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...