Wednesday, December 22, 2010

Paku-Paku Terakhir Buat Keranda PKR!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menyifatkan tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini telah menyertai 'KITA' sebagai ‘paku-paku terakhir untuk keranda PKR’.

Katanya, perkembangan terbaru itu menunjukkan PKR kini berdepan dengan krisis keyakinan kepimpinan serius yang akan membawa kepada berkuburnya parti itu.

“Apabila mendengar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali membelasah Zaid sampai rapat ke lantai termasuk dalam rapat umum di Dewan MBSA semalam, teman dapat melihat betapa desperadonya (terdesak) mereka sekarang.

“Sebenarnya mereka tahu hari-hari akhir mereka makin dekat,” katanya dalam entri terbaru di dalam blognya http://zul4kulim.blospot.com.

Zulkifli berkata, kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini bahawa parti itu perlu berdiri dan membina kekuatan dalaman adalah satu isyarat hilang keyakinan kepada hala tuju dan kepimpinan Anwar dalam pakatan pembangkang.

“Teman tahu tidak semua kepimpinan Pas boleh menerima kepimpinan Azmin. Kritikan dan teguran terbuka oleh penyokong tegar, terutama di kalangan blogger seperti Raja Petra Kamaruddin, Hishamuddin Rais, Haris Ibrahim dan lain-lain membuktikan trend sokongan terhadap kepimpinan Anwar mula dipersoalkan.

“Mereka sudah nampak apa yang teman sudah nampak, PKR ini adalah kuda tunggangan Anwar. Berpaksikan kepada politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan Anwar sebagai Perdana Menteri!” katanya.

Zulkifli turut hairan di mana suara Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail semasa semua kemelut kepimpinan dan krisis parti itu berlaku.

“Adakah Kak Zah sudah terpinggir atau dipinggirkan. Sepatutnya seorang Presiden yang menang tanpa bertanding akan menjadi suara yang sangat perkasa, digeruni dan dihormati. Namun Kak Zah langsung tidak kedengaran, malah langsung tidak kelihatan,” katanya.

Beliau berkata, peranan Wan Azizah sudah tidak sama seperti semasa PKR mula-mula ditubuhkan dahulu dan penglibatannya dalam gerakan reformasi amat jelas sekali ketika itu.

Zulkifli berkata, Wan Azizah sendiri tahu bahawa selepas pemilihan parti itu selesai, semua keputusan penting hanya akan dibuat oleh Anwar dan Timbalan Presidennya sementara Wan Azizah hanya akan menjadi pengumum keputusan-keputusan itu.

“Justeru, saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Wan Azizah, betulkanlah kemungkaran yang sedang berlaku. Masih belum terlambat untuk beliau bertindak,” katanya.

“Nasihatkan Anwar dan selesaikanlah masalah peribadi yang dia hadapi tanpa perlu korbankan kebajikan rakyat dan kepentingan negara,” katanya.


"Sebenarnya mereka (PKR) tahu hari-hari akhir mereka semakin dekat." - Zulkifili

# IBM : Kalau dah tahu tu, wahai pengikut2 bangang Pkr ni, elok2 le choww !!, tunggu apa lagi. Kerenda tu kecik, tak muat....hehehehehe....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...