Saturday, December 25, 2010

Nurul Izzah Cuba meneggakkan 'Benang Basah', boleh ke ?

"Ehhhh..tak betul tu, bapa I bukan macam tu lah, dia baik." - Nurul Izzah

"Ye, betul, Si nuar tu mengelirukan rakyat, perosak mahluk dan pengkhianat bangsa." - Ezam

Salam.

Suka tengok Nurul mengelabah, dengan raut mukanya, muda lagi tapi kelihatan tua. Banyak berfikir dan menangkis dari kenyataan dan serangan oleh Ezam baru-baru ini.........

Kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan negara sebenarnya merupakan satu usaha mengelirukan rakyat.

Datuk Seri Anwar sebenarnya telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat.

Parti ini komited kepada falsafah 'Ketuanan Rakyat' berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada 'Ketuanan Umno' dan memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan Umno.

Pegangan dan pandangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni.

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah.

Pendekatan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan dan bukan kaum (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan.


ULASAN IBM : Kommitted apa bendanya Nurul. Itulah, bila bapa seorang pembohong, anak pun ikut jadi pembohong. 'Same father same daughter'....itulah Parti anak beranak PKR...huhuhuhu....hancur, hancur PKR..!!



2 comments:

  1. Salam.
    Catitan yang menarik.
    Syabas'

    http://blogenstarz.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam kembali dan salam perjuangan. Terima kasih. Akan saya pautkan blog tuan ke blog ini. Ayuh, kita teruskan perjuangan ini.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...