Saturday, December 25, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah

25 DISEMBER

Salam dan salam 1 Malaysia,

Saya penulis blog ini ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut hari X Mas kepada semua yang beragama Kristian. Semoga sambutan tahun ini penuh dengan kecerian di tanah air kita Malaysia, dan suka diingatkan jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab dan berterima kasih kepada Kerajaan kita. Sekali lagi selamat menyambut hari 'x mas'.

Sambil itu, mari kita lihat apa yang berlaku pada hari ini, dalam 'Hari Ini Dalam Sejarah'....jom kita baca.......


KONGRES MELAYU SE-MALAYA YANG KEDUA
Tarikh Peristiwa Pada 25.12.1940
Pada hari ini dalam tahun 1940, telah berlangsung Kongres Melayu Se-Malaya yang kedua yang telah di adakan Singapura. Kongres selama dua hari ini telah dihadiri oleh 41 orang wakil daripada 11 buah pertubuhan dari negeri Pulau Pinang, Perak, Pahang, Kelantan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Singapura, Sarawak dan Brunei. Antara resolusi yang telah diluluskan pada kongres itu ialah menggesa kerajaan British untuk melibatkan penyertaan orang Melayu dalam sebarang perutusan atau delegasi yang dihantar dari Tanah Melayu serta mendesak agar diwujudkan jawatan Penolong Pengarah Pelajaran Khas untuk orang Melayu. Selain daripada itu, kongres ini turut menggesa kerajaan British agar meningkatkan peluang kanak-kanak Melayu untuk mendapat pendidikan Inggeris, khasnya dengan meningkatkan had umur bagi memasuki sekolah Inggeris. Kongres juga meluluskan agar cukai pendapatan yang dikenakan di Negeri-negeri Melayu diselaraskan dengan Negeri-negeri Selat, selain daripada berusaha untuk menyemai semangat bersatu dan semangat kebangsaan Melayu serta berusaha untuk membantu kerajaan British dalam Perang Dunia Kedua. Berikutan daripada serangan Jepun ke atas Tanah Melayu dan serentak dengan meletusnya Perang Dunia Kedua, kongres memutuskan agar kongres ketiga yang telah dijadualkan diadakan pada 25 Disember tahun 1941 di Ipoh dibatalkan.

PERISTIWA MALAM NATAL
Tarikh Peristiwa Pada 25.12.1972

Pada hari ini 25.12.1972, telah berlaku satu pertempuran hebat di antara Platun Harimau Batalion ke 9 Rejimen Askar Melayu Di Raja dengan segerombolan pengganas komunis di Jambusan, Bahagian Pertama, Sarawak. Dalam gerakan tersebut, sebanyak 4 orang anggota komunis telah mati dan beberapa orang lagi mendapat kecederaan. Kejadian ini berlaku sebagai tindak balas kepada serang hendap yang dibuat oleh segerombolan pengganas komunis ke atas anggota pasukan keselamatan pada 20 Disember. Berikutan dengan peristiwa tersebut, anggota Platun Harimau telah ditugaskan bagi mengesan kumpulan pengganas itu yang dipercayai menuju ke kawasan tertentu di bahagian pertama. Kejayaan gerakan ini sebenarnya bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan Sarjan Jantan b. Nyamat salah seorang anggota Platun Harimau yang banyak pengalaman di hutan. Pada malam tersebut, bersama anggota Platun Harimau yang lain, beliau telah pergi ke Kampung Landeh. Sebagai seorang yang berpengalaman beliau dapat merasakan sesuatu akan berlaku lantas memberi isyarat kepada orang-orangnya supaya berjaga-jaga. Dengan bantuan cahaya di permukaan air sungai Sarjan Jantan berjaya mengesan tiga orang pengganas. Pergerakan dalam gelap menyebabkan pihak pengganas mengesyaki bahawa mereka diekori. Mereka menembak ke arah Sarjan Jantan dan berlakulah tembak menembak yang menyebabkan 4 orang anggota komunis dan beberapa orang lagi cedera. Peristiwa Malam Natal itu sesungguhnya memaparkan keberanian Sarjan Jantan yang membawa kepada penganugerahan Pingat Pahlawan Gagah Berani sebagai menghargai jasa yang dilakukannya.


ULASAN IBM : Kepada pembaca yang di kasihi sekelian, kalau nak komen, komenlah, tulislah apa yang hendak di tulis, asalkan jangan mencarut...!


SELAMAT MEMBACA !!

Sumber : Arkib Negara
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...