Wednesday, December 22, 2010

Rakyat Muak Segala Janji PR !!

Inilah muka-muka Perosak Rakyat. Katakan tidak pada PR.

"Rakyat kini kembali kepada BN apabila PR didakwa tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat menyebabkan rakyat kembali dan menyokong BN." - Ikhwan

PETALING JAYA - Rakyat di negeri ini mula sedar dan kembali kepada Barisan Nasional (BN) apabila banyak janji yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya yang lalu kebanyakannya masih tidak ditunaikan sehingga kini.
Ketua UMNO Bahagian Petaling jaya Utara, Dato' Hj Ikhwan Salim Sujak berkata, rakyat Selangor kini sudah memahami cara PR yang hanya pandai berkata-kata daripada menunaikan janji.
"Kita sedar semua ini dan rakyat juga mempunyai hak mereka, namun BN sentiasa membantu sesiapa sahaja tanpa mengira ideologi politik asalkan mereka warganegara yang memerlukan bantuan, maka kita wajib membantu mengikut saluran dan prosedur yang ada.
"Jelasnya, kini rakyat tidak nampak negeri ini sebagai negeri berkebajikan seperti yang diwar-warkan kerana dengan pemberian air percuma bukan pengukur kepada negeri berkebajikan," katanya.
Beliau berkata demekian ketika ditemui pada Program juara Rakyat, Karnival Pendidikan dan Bimbingan kerjaya di Apartment Damansara Bistari, kelmarin.
Hadir sama, Timbalan Presiden MCA Selangor, Datuk Dr. Wong Sai Hou, wakil parti komponen MIC dan Gerakan.
"Rakyat kini sudah kembali kepada BN apabila PR didakwa tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat menyebabkan rakyat kembali kepada BN dan memohon bantuan," katanya.
"Program yang diadakan ini mendapat kerjasama daripada kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Universiti Malaya dan Universiti Kuala Lumpur adalah petanda yang amat baik untuk kita meneruskan program dalam usaha melahirkan kepimpinan akan datang yang cemerlang dan terbilang," katanya. Pada program itu, seramai 500 orang pelajar menerima sumbangan beg sekolah manakala 25 lagi menerima Anugerah pelajar cemerlang.

# IBM : Harap-harap program dan bantuan seperti ini dapat di teruskan. Jangan hangat-hangat taik ayam je. Rakyat sudah pandai menilai. Dan harus di ingat, kuasa ditangan mereka. Rakyat boleh menaikkan kita dan juga menjatuhkan kita. Moga semangat seperti ini kita akan dapat merampas kembali negeri Selangor, dan teruskan semangat 'SSDE'.....Tahniah kepada Umno Pju..!!

Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...