Tuesday, December 21, 2010

MIMPI DAN KHAYALAN PAS


Akhbar China Press pernah menyiarkan sebuah artikel mengenai kerajaan Islam dan hukum hudud yang menjadi agenda Pas. Artikel di ruangan perbincangan rakyat bertajuk ‘Hadi Awang bermimpi dan berkhayal itu ditulis oleh penulis Xian Ren’. Menurut Xian Ren, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah lupa diri seketika apabila dengan lantang berkata jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, Pas akan mengotakan janji melaksanakan konsep negara Islam termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tulis Xian Ren lagi, jika Pas mahu kotakan konsep itu, syaratnya ialah kedudukan Pas mesti seperti UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Iaitu memiliki kerusi yang banyak dan boleh memerintah sendiri.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP pula menjadi parti kecil dalam pakatan pembangkang yang peranannya seperti melayan Pas minum kopi dan semua keputusan terletak pada Pas. Barangkali mimpi dan khayalan Pas ini tidak sempat dilaksanakan kerana pakatan pembangkang sudah dijatuhkan oleh rakyat. Xian Ren menulis, sebelum pilihan raya 2008, Pas langsung tidak menyebut mengenai negara Islam.

Apa yang diuar-uarkan ialah perjuangan untuk kepentingan rakyat. Akhirnya Pas mendapat kemenangan besar yang tidak pernah dirasai selama 40 tahun mereka memerintah. Dalam pakatan pembangkang, prestasi undian Pas lebih baik daripada DAP. Tetapi bilangan kerusi Parlimen Pas tidak dapat menandingi DAP dan PKR.

Pada pilihan raya akan datang, Pas memerlukan kerusi yang lebih banyak atau melebihi DAP dan PKR untuk berkuasa penuh. Kaum Cina mengundi Pas pada pilihan raya umum 2008 kerana slogan perjuangan untuk rakyat parti itu.

Tanpa disangka-sangka selepas menang besar Pas sebaliknya tidak mengotakan janjinya. Perjuangan untuk kepentingan rakyat dan negara terus diketepikan dan kembali semula kepada isu negara Islam.

Bermain politik sehingga tidak tahu menjaga percakapan dan langsung tidak amanah. Adakah orang-orang Cina dapat menyokong Pas lagi pada masa depan? Impian Pas mahu menang lebih banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya akan datang sudah tentu tidak mungkin berlaku. Sebab orang-orang Cina lebih rela sokong UMNO kerana Pas tidak mahu meninggalkan konsep dan pemikiran negara Islam mereka. Boleh dibayangkan jika pakatan pembangkang memerintah kerajaan pusat, peranan Pas sudah tentu hanya kecil.

‘‘Sedangkan untuk mencabar UMNO hari ini pun Pas tidak layak, tetapi masih berangan-angan untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud? Bukankah itu orang-orang bodoh yang sedang bermimpi?,” tulis Xian Rein. Sambung penulis itu lagi, walaupun Pas sudah lama berakar umbi di Kelantan, tetapi parti itu masih gagal melaksanakan hukum hudud.

Sebaliknya Hadi ketika ini pula masih lagi mahu bangunkan konsep negara Islam dan hukum hudud. Tidakkah ia hanya semata-mata mahu menyusahkan pakatan pembangkang? Perbuatan itu langsung tidak membantu dan menjadi perosak yang hanya membantu BN. Tambah penulis itu, kesilapan Hadi ialah menganggap orang bukan Islam tidak tahu konsep negara Islam yang sebenar. Sebab itu orang bukan Islam dikatakan membantah konsep tersebut. Sebaliknya orang bukan Islam lebih memahami kesemua konsep-konsep negara Islam, sebab itu mereka tidak boleh menerima konsep itu.

# IBM : Begitulah Pas. Banyak dengan angan2nya. Tapi..belum pernah melaksanakannya. Patutlah ramai yg kata la ni, PAS adalah 'Parti Agama Sesat', sesat lagi menyesatkan....
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...