Friday, December 31, 2010

Sorotan/Peristiwa tahun 2010 dalam kenangan...

Salam, salam 1 Malaysia.
Tahun 2010 baru saja melabuhkan sejarahnya. Mari kita mengimbau kembali apa yang berlaku di tahun 2010. Antara sorotan 2010 yang sempat dimuatkan di sini :

25 April 2010
Calon BN menang PRK Hulu Selangor

HULU SELANGOR - Calon Barisan Nasional (BN) P.Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor selepas menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majorti 1,725 undi.


8 Disember 2010

Dr Khir Toyo letak Jawatan

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo ditahan oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam.
Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali berkata, Khir Toyo kemudian dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Seksyen 165 kanun keseksaan atas kesalahan rasuah. Difahamkan penahanan Khir Toyo berkaitan dengan dakwaan berhubung pembelian tanah untuk rumahnya ala Bali di Seksyen 7, Shah Alam.
Beliau juga menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.



6 September 2010

Jutawan Kosmetik dibunuh

BANTING - Negara digemparkan dengan laporan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, hilang sejak 30 Ogos selepas urus niaga pembelian tanah di Banting bersama peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, pegawai Bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44. Sosilawati dikatakan membawa RM4 juta bersamanya. Pada 13 September lalu, polis mengesahkan keempat-empat mangsa dipukul sehingga mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting.
Pada 13 Oktober lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 19, R Matan, 20, dan R Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati Lawiya. Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari 2011.

1 Disember

GAPS serah memorandum penyelewengan PKR Selangor

SHAH ALAM - Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menyerahkan memorandum bantahan mengenai 30 penyelewengan PKR Selangor kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, antara penyelewengan yang dilakukan PKR termasuklah pembaziran wang rakyat yang digunakan untuk membeli hutang Talam Corporation, merampas tanah hak rakyat Yayasan Basmi Kemisikinan (YBK), salah guna wang oleh Yayasan Selangor dan kegsgalan menguruskan bekalan air di negeri ini.

Catatan Oleh : IBM





Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...