Thursday, February 10, 2011

Apakah Ops lalang akan digunakan kembali ?

Dr Mahathir juga tentang Ops Lalang - Hanif Omar

Perkara yang telah berlalu selalu di ungkit kembali. Inilah tabiat buruk manusia. Yang sudah lepas tu, biarkanlah ianya berlalu. 'Operasi lalang' seketika dulu, hangat di peerkatakan. Kini di ungkit kembali. Di ungkit oleh siap ye..?

Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan
Perdana Menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

NONE
Sebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir menentang penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya menentang Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.

* Bagi IBM, Ops lalang ni banyak membawa seribu kenangan kepada semua ahli-ahli politik yg di tahan di dalam operasi tersebut. Satu pengajaran kepada mereka. so, what's a big deal..?..kenapa mesti di ungkit kembali. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...