Thursday, February 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

10 FEBRUARI

Salam 2 All para pembaca yang budiman.

Sejarah adalah satu kenangan yang harus kita simpan dan pendamkan di dalam hati dan jiwa kita dan seterusnya mengabadikanya di dalam daily harian kita.

PERASMIAN STESEN PEMANCAR RADIO MALAYSIA KUANTAN
PERASMIAN STESEN PEMANCAR RADIO MALAYSIA KUANTAN
Tarikh Peristiwa : 10-02-1968
Pada hari ini dalam tahun 1968, Sultan Pahang, DYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Almuadzam Shah telah merasmikan Stesen Pemancar Radio yang dibina di Kuantan, Pahang. Stesen yang terletak di Kuantan ini menggunakan dua alat pemancar gelombang sederhana buatan N.E.C. berkuasa 10 k.w. menjalankan siaran melalui 810 kc/s dan 1140 kc/s dan juga bertindak sebagai penyambung siaran-siaran Melayu dan Inggeris daripada Kuala Lumpur. Sebelum stesen ini dibina, Kuantan hanya mempunyai satu alat pemancar 300 wat dikelolakan oleh Jabatan Telekom bagi pihak Radio Malaysia. Siaran sukar untuk di dengar bagi kawasan yang melebihi daripada 10 batu persegi, berbanding yang baru ini meliputi kawasan hinggalah sejauh 95 batu persegi. Bangunan stesen ini yang dibina dengan kos sebanyak $ 786,656.00 sudah pasti akan memberi kemudahan kepada penduduk-penduduk di negeri Pahang untuk mendapatkan siaran daripada pihak Radio Malaysia. Dan pada hari yang sama........baca lagi :

PERASMIAN INSTITUT LATIHAN LEMBAGA LETRIK NEGARA (LLN)

Tarikh Peristiwa : 10-02-1983


Pada hari ini dalam tahun 1983, Institut Latihan Lembaga Letrik Negara (LLN), telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Institut ini terletak di atas kawasan seluas 46.5 hektar di Bangi, Selangor dan dikenali sebagai Institut Latihan Sultan Ahmad Shah. Institut yang bernilai RM 70 ribu ini dilengkapi dengan segala kemudahan moden mampu menampung jumlah peserta sehingga 780 orang dalam satu masa. Ketika bertitah D.Y.M.M Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menegaskan kepentingan untuk melahirkan rakyat yang mahir dan terlatih serta sanggup bekerja keras adalah nadi utama dalam mencapai pembangunan negara. Mutu latihan tidak sahaja bergantung kepada kepakaran tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman tetapi juga kepada falasfah, pendekatan dan latihan yang baik. Sesungguhnya, selepas 50 tahun negara mencapai kemerdekaan aspek gunatenaga yang berkemahiran tidak pernah dipinggirkan demi memastikan rakyat dilengkapkan dengan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian.


* Selamat Membaca kepada semua - IBM
Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...