Saturday, February 12, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

12 FEBRUARI

TUN HUSSEIN ONN

Salam Semua dan Salam 1 Malaysia.
Cuaca di luar sana agar mendung, macam nak hujan, Kepada para pembaca yang budiman, sekiranya tidak kemana-mana, bila senang, jenguk-jenguk ke blog ini dan mari baca sejarah tanah air kita.

KELAHIRAN Y.A.B. TUN HUSSEIN ONN

Tarikh Peristiwa : 12.02 1922

Pada hari ini dalam tahun 1922, Perdana Menteri Malaysia yang ketiga, Y.A.B Tun Hussein Onn telah dilahirkan di Johor Bahru. Anak sulung kepada pengasas UMNO (United Malays National Organization), Dato` Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein telah memulakan pendidikan awalnya di Singapura dan Johor Bharu. Pada tahun 1940, selepas menamatkan pelajaran di English College beliau telah berkhidmat dalam Angkatan Timbalan Setia Negeri Johor sebagai Kadet dan telah dipilih untuk mengikuti latihan ketenteraan secara intensif di Akademi Tentera India di Dehradun pada 1941. Sekembali ke tanah air pada 1945, beliau telah meninggalkan kariernya sebagai seorang pegawai tentera dan memilih untuk berkhidmat sebagai seorang Penjawat Awam. Beliau merupakan salah seorang nadi penting di belakang Dato` Onn Jaafar di dalam menentang gagasan Malayan Union. Pada tahun 1951, Tun Hussein telah melanjutkan pelajarannya ke Lincoln`s Inn, England dalam bidang perundangan dan telah tauliahkan sebagai peguambela dan peguamcara pada 1962. Beliau telah kembali bergiat semula dalam arena politik bermula pada 1968 atas dorongan Tun Abdul Razak. Tun Hussein Onn telah dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga pada 14 Januari 1976 dan memegang jawatan tersebut hingga 17 Julai 1981. Bapa Perpaduan Malaysia, ini telah kembali Rahmatullah pada tanggal 29 Mei 1990 dalam usia 68 tahun.

DIHARI YANG SAMA.......

PENUBUHAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (PENA)
PENUBUHAN PERSATUAN PENULIS NASIONAL (PENA)
Tarikh Peristiwa : 12-02-1961
Pada hari ini dalam tahun 1980, melalui satu persidangan yang dihadiri oleh kira-kira 65 orang penulis bertempat di Universiti Malaya Kuala Lumpur, YB Encik Abdul Rahman Talib, Menteri Pelajaran telah merasmikan penubuhan persatuan tersebut. Kelahiran persatuan ini adalah sesuai pada masanya dan sejajar dengan perkembangan dan perubahan-perubahan baru yang terdapat dalam negara. Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang berdaulat kerana baru beberapa tahun sahaja mencapai kemerdekaan. Pusat kegiatan politik, ilmu pengetahuan dan kebudayaan telah berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Universiti Malaya bukan lagi di Bukit Timah tetapi mempunyai tapak baru di Lembah Pantai; demikian juga dengannya Jabatan Pengajian Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya, (PBMUM). Markas surat-surat khabar dan majalah turut terlibat dalam perpindahan ke utara. Semua ini mempunyai pengaruh dan galakan yang sihat kepada pertumbuhan dan kegiatan-kegiatan kebudayaan dan kesusasteraan kebangsaan. Ia juga memberi nafas dan semangat serta kepercayaan baru kepada penulis mengenai tanggungjawab mereka dalam usaha-usaha mengisi kemerdekaan melalui kesusasteraan serta kesedaran untuk membela maruah dan hak-hak kaum sasterawan. Selain daripada tokoh-tokoh pengasas di atas, tokoh-tokoh seperti Noor Azam, Hassan Ibrahim, Bakar Hamid, Adam Kadir, Salleh Daud, Omar Mohd. Hashim, Hassan Ahmad, Baha Zain, Kassim Ahmad dan Abdullah Hussein, juga menjadi penggerak utama Persatuan Penulis Nasional. Kegiatan-kegiatan persatuan ini meliputi bidang penerbitan majalah, (SUARA PENA PENULIS), ceramah, forum, diskusi buku, mengadakan kursus penulisan kreatif kepada bakat-bakat baru, seminar, pameran buku dan membuat lawatan-lawatan sambil belajar ke luar negeri. Isu-isu terpenting yang telah diperjuangkan oleh PENA ialah mengenai penubuhan Universiti Kebangsaan; taraf, kedaulatan dan perlaksanaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, soal hak-cipta, serta penyusunan semula kursus-kursus di Jabatan Pengajian Melayu.

Selamat membaca semua moga mendapat menafaat darinya - IBM

Sumber : Arkib Negara.
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...